Sumareh Bebas Sertai JDT

Pemain penyerang sayap pasukan Pahang, Mohamdou Sumareh dilaporkan masih belum melanjutkan kontrak beliau bersama dengan pasukan Pahang.

Kontrak beliau bersama Tok Gajah bakal berakhir pada akhir musim ini. Lantas terdapat spekulasi mengaitkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama itu dengan JDT selepas 3 tahun menabur bakti di Pahang.

Harian Metro melaporkan mereka mendapat tahu dari satu sumber bahawa Sumareh berpotensi untuk mengikut jejak langkah Matthew Davies untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim depan.

Sumber yang sama mendedahkan bahawa Sumareh sudah sedia untuk mengubah haluan kariernya.

Dipetik dari Harian Metro: “Benda ini (perpindahan ke JDT) dah ramai tahu sebab kontrak dia pun akan habis hujung tahun ini. Perpindahan Davies pada awal musim ini pun sebenarnya sudah dijangka kerana JDT sekarang sedang menstruktur semula pasukan selepas ramai pemain utamanya semakin dimamah usia.”

“Malah, tindakan pemilik JDT (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) membalas komen Sumareh di laman sosial juga adalah isyarat seperti mana beliau juga pernah lakukan perkara sama ke atas Davies sebelum penghijrahannya ke skuad Harimau Selatan.”

Sebelum ini kecoh di laman sosial tentang spekulasi perpindahan Sumareh ke JDT. Ini apabila penyokong bola sepak tempatan melihat ‘perbualan’ antara Sumareh dan Tunku Ismail di laman Instagram pemain tersebut.

Namun ramai juga yang menyatakan ianya hanyalah gurau senda di antara mereka berdua.

Tunku Ismail memberikan komen di Instagram Sumareh selepas dia memuat naik jentera mewahnya Mercedes A-Class Hatchback baru-baru ini.

Tunku Ismail yang kemudian membalas ‘haha’ yang disertakan emoji ‘penumbuk’ dan emoji hati berwarna biru dan merah yang sememangnya signifikan dengan warna skuad Harimau Selatan.

Jika benar perkara ini berlaku, Pahang pastinya akan merasa kehilangan Sumareh pada musim hadapan.

Sumareh pula pastinya sedar di JDT beliau berdepan persaingan dengan Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera di posisi sayap.

Sumareh merupakan pemain yang efektif bermain di sayap kanan. Beliau memiliki kepantasan dan kelincahan.

Dari segi penyudah beliau masih perlu meningkatkan lagi keupayannya.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan