[VIDEO] Lihat Petugas Perubatan Ini Menggunakan Sut Terbang Seperti Tony Stark

Sebuah sut terbang telah diuji di Britain untuk kegunaan petugas kesihatan.

Jet mini itu mengingatkan kita kepada Iron Man ataupun Tony Stark di dalam filem.

Andy Mawson, pengarah operasi Perkhidmatan Ambulans Udara Utara Besar (GNAAS) yang pertama kali mengemukakan idea itu.

Beliau mengatakan bahawa beliau merasa “luar biasa” melihat percubaannya berjalan lancar.

Melalui sesi ujian tersebut, seorang pekerja kesihatan dapat “terbang” ke puncak gunung dalam 90 saat.

Kepantasan itu luar biasa dan dapat menjimatkan perjalanan ke 30 minit sehingga ke sastu jam untuk sampai ke lokasi yang sama.

Kawasan pergunungan itu sukar diakses. Dan mereka memang ada terfikir idea ‘hollywood’ ini, cuma tidak pernah memikirkan ia benar benar berlaku.

“Terdapat berpuluh-puluh pesakit setiap bulan di wilayah pegunungan ini. Kami dapat melihat keperluannya. Yang pasti, kami tidak percaya bagaimana peranti ini berfungsi dalam realiti,” kata Mawson.

“Baiklah, kita telah melihatnya dan, sejujurnya, itu luar biasa,” sambung beliau lagi.

Mawson berpandangan bahawa ujian menunjukkan potensi untuk menggunakan sut terbang itu untuk digunakan dalam perkhidmatan kritikal.

Ujian jet tersebut dilakukan setelah GNAAS dan Gravity Industries, setelah mengadakan perbincangan selama setahun.

Sesi percubaan itu dilakukan oleh Richard Browning, pengasas Gravity Industries. Menurutnya, alat jet tersebut memiliki 2 mesin mini di setiap lengan, dan 1 mesin lain di belakang, sehingga petugas kesihatan dapat mengawal pergerakan dengan hanya menggerakkan tangan mereka.

“Kelebihan terbesar adalah kepantasan,” kata Mawson.

iri Sekiranya idea ini berjaya, pekerja kesihatan akan dilengkapi dengan peralatan perubatan, dengan ubat penghilang sakit bagi pelancong yang mungkin mengalami patah tulang, dan alat bantuan pernafasan bagi mereka yang mungkin mengalami serangan jantung.

“Dengan membekalkan paket perubatan pada jet, perjalanan untuk tiba kepada pesakit yang biasanya memakan waktu satu jam hanya memerlukan beberapa minit sahaja, dan itu boleh menjadi perbezaan yang besar antara hidup dan mati,” kata Mawson.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di