Suzuki Ecstar Juga Juara Dunia, Suzuki Intai ‘Treble’ Di Perlumbaan Terakhir

MotoGP Valencia 2020 telah memuktamadkan dua kategori iaitu, pelumba dan pasukan.

Joan Mir seperti yang diketahui, telah rasmi bergelar juara dunia bagi kategori pelumba. Ini selepas beliau menduduki tangga ketujuh, dan pesaing utamanya, Fabio Quartararo tak dapat meneruskan perlumbaan selepas terbabas kerana masalah brek.

Mir kini sudah meraih 171 mata, berada 29 mata di hadapan pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli, yang menduduki tempat kedua.

Dengan hanya tinggal satu lagi siri perlumbaan, tidak ada peluang untuk Morbidelli untuk menggantikan kedudukan Mir sebagai juara dunia.

Suzuki Ecstar pada kedudukan sudah tidak dapat dipintas oleh mana pesaing dalam kategori pasukan. Ini kerana Suzuki Ecstar mendahului kedudukan pasukan dengan 309 mata.

Suzuki Ecstar unggul dengan kelebihan 79 mata di hadapan Petronas Yamaha SRT yang berada di kedudukan kedua. Impian SRT untuk bergelar juara dalam kategori pasukan dan pelumba berkecai.

Minggu sebelum ini pasukan SRT dipotong 37 mata kerana salah laku dalam modifikasi enjin yang tak dibenarkan. Suzuki memang sudah terlalu hampir dengan kejuaraan pasukan sebelum bendera permulaan GP Valencia dikibarkan lagi.

Pelumba Suzuki, Joan Mir dan Alex Rins musim ini sangat konsisten. Walaupun tidak banyak memenangi siri Grand Prix.

Kini Suzuki mengintai kejuaraan tiga ganda pada perlumbaan seterusnya. Bagi kategori pengeluar, Yamaha masih berpeluang memintas Suzuki.

Namun Suzuki sedar mereka di barisan hadapan ketika ini. Hanya perlu memastikan prestasi mereka terbaik dalam perlumbaan berikutnya dan memenangi kategori pengeluar.

Mir Juara Dunia

Joan Mir akhirnya memuktamadkan kejuaraan MotoGP musim ini kelas premium sebagai miliknya. Sekaligus menerusikan dominasi pelumba Sepanyol.

Mir adalah juara baharu pertama MotoGP sejak Marc Marquez pada tahun 2013. Lebih manis apabila Joan Mir menjadi pelumba pertama memenangi gelaran Moto3 dan MotoGP, selepas menamatkan GP Valencia di tempat ketujuh.

“Sukar dipercayai, saya tidak dapat gambarkan dengan kata-kata. Ini apa yang saya usahakan sepanjang hidup saya,” kata Mir.

Kali terakhir pelumba Suzuki memenangi kejuaraan dunia ialah pada tahun 2000 menerusi Kenny Roberts Jr.

Mir adalah adalah pelumba keenam dalam sejarah Suzuki memenangi kejuaraan dunia MotoGP. Mir mencapai kejuaraan ini hanya pada musim keduanya di MotoGP.

Dan kini Mir sebaris dengan nama legenda lain seperti Doohan, Rossi dan Marquez bergelar juara dunia di kelas premium.

Mir miliki kelebihan, Quartararo terus dirundung malang

Joan Mir menjadi pilihan utama untuk bergelar juara dunia dalam perlumbaan di GP Valencia berdasarkan prestasi semasa dan segala masalah yang melanda Yamaha dan Fabio Quartararo.

Kejayaan memenangi perlumbaan MotoGP Eropah 2020 pada hujung minggu lalu di Ricardo Tormo Circuit, Valencia membolehkan Mir membuka jurang mata seluas 25 mata di atas Fabio Quartararo dan Alex Rins.

Rins berada di tangga ketiga kerana Quartararo ada kelebihan menjuarai siri GP dalam perlumbaan kali ini.

Fabio Quartararo gagal tampil konsisten

Fabio Quartararo masuk ke perlumbaan GP Valencia dengan tekanan. Prestasi beliau agak teru dan tak konsisten. Berbeza dengan Mir, walaupun dia hanya menang 1 siri sebelum ini namu beliau sangat konsisten.

Bahkan satu ketika Mir dilihat bakal menjadi juara dunia tanpa kejuaraan di Grand Prix.

Quartararo sedar, hanya podium dan berharap Joan Mir gagal mengutip mata akan membuka kembali sinar kerjuaraan baginya. Namun malangnya, dalam aksi di GP Valencia, Quartararo terbabas awal dan disingkirkan tanpa sebarang mata.

Mir hanya perlu menamatkan saingan di tangga kesembilan. Namun pelumba Suzuki itu memastikan dia berada di tangga ketujuh untuk memastikan kejuaraan dunia miliknya.

Mir menjadi pelumba yang paling menarik perhatian musim ini.

Tahniah kepada Joan Mir!

Baca yang lain