“Tak Logik Pertikaikan TMJ”

Bekas penyerang kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali mengingatkan pihak tertentu supaya tidak sesekali cuba untuk mempergunakan pemain bola sepak tempatan demi meraih kepentingan peribadi.

Gesaan dibuat Presiden Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu selepas beliau mendengar khabar angin perpindahan penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin ke liga bawah 19 tahun Newcastle United sejak minggu lalu rupanya tidak benar.

Safee Sali menerusi Facebooknya berkata:

“Tansfer dan berhijrah.”

“Saya mengikuti perkembangan semasa bola sepak dalam negara mengenai pemain tempatan ke luar negara dan terpanggil sebagai Presiden PFAM untuk memberi nasihat supaya pemain muda seperti Luqman Hakim tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan diri mereka.”

“Para pemain perlu tidak mudah percaya kata-kata manis mana-mana pihak yang menjanjikan bulan dan bintang, sepertimana yang sering diperkatakan oleh penaung PFAM, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) @hrhcrownprinceofjohor kata-kata Baginda mungkin kurang disenangi beberapa pihak tapi inilah hakikatnya.”

“Saya faham jika ada yang mempertikaikan mereka yang tidak mempunyai sebarang pencapaian atau pengalaman.”

“Tetapi tidak logik pula mempertikaikan DYAM TMJ seorang yang menguruskan kelab paling berjaya di negara atau Asia Tenggara di luar dan di dalam padang, bercampur dengan pelbagai pihak dalam dunia bolasepak seperti pemilik kelab, ejen dan pemain dan seorang yang tahu bisnes bolasepak ini macam mana.”

“Kini kelihatan ada yang cuba mengambil kesempatan ke atas pemain dengan menjanjikan pelbagai perkara termasuk perpindahan ke England dan Jerman.”

“Selepas itu keluar pula berita yang mengatakan perkara tersebut adalah tidak benar. Cukup-cukuplah menggunakan pemain untuk populariti sendiri,” tegas penyerang legenda itu.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan