Tak Mahu Sekadar Jaguh Kampung, Mbappe Sasar Kejuaraan UCL Bersama PSG

Kylian Mbappe mensasarkan kejuaraan UCL bersama dengan PSG selepas ini. Kontrak semasa Mbappe masih ada baki kira kira 2 musim lagi.

Mbappe yang menjadi teras kepada projek sukan di PSG, merasakan bahawa PSG tidak mahu sekadar jadi jaguh kampung dengan kualiti skuad dan pelaburan besar yang mereka buat.

UCL adalah sasaran utama PSG sejak hari pertama pemilikan Qatar di kelab itu lagi.

Bercakap kepada wartawan, Mbappe berkata: “Tahap seterusnya [karier saya]? Adalah untuk menjadi juara Liga Juara Juar Eropah.”

“Saya sudah bermain di final UCL, beberapa separuh akhir UCL, suku akhir, dan peringkat lain. Jadi sudah tiba masanya untuk memenanginya.”

Walaupun baru sahaja menandatangani kontrak baharu, namun Mbappe tetap dikaitkan dengan kelab seperti Real Madrid.

Memandangkan beberapa isu sebelum ini yang dibangkitkan Mbappe tentang pengurusan PSG.

Tetapi pemain itu memberikan jaminan bahawa tahun depan dia pasti akan berada di PSG. Kontrak semasa Mbappe berakhir 2025. Namun pada 2024, pemain itu boleh meminta untuk dijual berdasarkan klausa khas.

Mbbappe berkata: “Saya Parisian dan saya masih ada kontrak. Jadi saya akan berada di PSG musim akan datang.”

Mbappe seorang pemain muda yang bercita cita tinggi. Pemenang 1 kejuaraan Piala Dunia itu pernah menyatakan bahawa, pada usianya sekarang, dia sudah memikirkan soal Ballon d’Or.

Menunjukkan betapa seriusnya Mbappe.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah