Tak Risau Ugutan Van Gaal, Dan Tak Suka Buang Masa BertTikTok, Tyrell Malacia Bek Muda Yang Matang

Nama Tyrell Malacia menjadi perhatian dunia. Ini selepas pemain pertahanan itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Sesuatu yang Erik Ten Hag suka kepada Malacia adalah komitmennya di atas padang dan di luar padang. Dia merupakan pemain yang benar benar fokus kepada bola sepak sebagai keutamaan.

Pemain berusia 22 tahun itu sangat cepat matang di dalam dan di luar padang. Menjadikan dia sasaran kepada kelab elit eropah yang lain.

Ini termasuk gergasi Liga Inggeris, Man United. Di mana United sanggup membayar pakej keseluruhan EUR17 juta untuk pemain muda itu.

Malacia akan memberikan persaingan kepada Luke Shaw dan juga Alex Telles di posisi bek kiri.

Malacia menepati ciri ciri pemain yang dikehendaki Erik Ten Hag. Bek sisi moden yang boleh melakukan gerakan bahaya dari tepi padang dengan larian progresif.

Ramai pemain muda hari ini menghabiskan masa lapang mereka di media sosial seperti Twitter, Tiktok dan Instagram. Namun bukan Tyrell Malacia.

Dia malah ada mengupah jurulatih peribadinya sendiri. Kesedarannya tentang pembangunan bola sepak pada usia awal memang luar biasa. Ramai pemain pada usianya tidak kisah hal jurulatih peribadi yang membantu mereka di luar sesi latihan dengan kelab.

Jordan Kroon menjelaskan pandangannya tentang Malacia: “Dia seorang yang sangat serius, dan bukan tipikal pemain biasa. Dia juga tak berminat dengan media sosial. Dia banyak menghabiskan masanya untuk berlatih dan sangat bagus berdepan dengan tekanan.”

Manchester United dikatakan berjaya menyailang Lyon dalam usaha mendapatkan Malacia. Namun isu tergantung kerana Malacia ada isu menukar ejennya pada ketika ini.

Selepas isu ejen selesai, beliau dijangka akan diumumkan sebagai pemain Man United yang baharu.

Satu lagi perkara yang menarik adalah mentaliti pemain ini. Sebelum ini Louis Van Gaal menggertak Jurrien Timber agar menolak tawaran Man United atau pemain itu berpotensi kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan Belanda.

Van Gaal merasakan Timber hanya akan menjadi pemain simpanan di United. Dan dia sudah menegaskan, jika pemain itu tak mengumpul minit perlawanan yang memuaskan, dia akan dibuang daripada skuad Piala Dunia.

Tyrell Malacia pula tidak risau dengan Van Gaal. Walaupun dia tahu dia tidak akan menjadi pemain yang automatik dalam kesbelasan utama di United. Peluang itu kelihatan lebih cerah jika dia bersama Lyon.

Namun Malacia mahu mengembangkan kariernya di kelab seperti United dan sedia membuktikan kepada Van Gaal. Mentaliti ini yang sangat kuat dan terpuji.

Dia merupakan pemain muda yang terus meningkat naik ketika di Feyenoord. Memiliki rekod 1.1 hantaran bahaya setiap perlawanan.

Ten Hag benar benar cuba bekerja dengan pemain yang sesuai dengan sistemnya.

Selain daripada Malacia, Manchester United dan Erik Ten Hag masih berusaha membawa seorang lagi darah Belanda ke dalam pasukan iaitu Frenkie De Jong.

Man United berharap rundingan mendapatkan De Jong diselesaikan segera. Di mana Barcelona sudah mulai dikaitkan dengan kepulangan semula Arthur.

Manchester United juga masih mencari pemain penyerang utama selepas mereka kehilangan Cavani.

Pada masa yang sama United masih berusaha untuk menjual beberapa pemain mereka termasuk Wan Bissaka dan juga Eric Bailly. Namun hanya pada harga yang tepat.

Man United dikritik beberapa peminat mereka kerana bertindak agak slow dalam perpindahan kali ini.

Namun Richard Arnold sudah memberikan jaminan bahawa dia dan Murtough akan memastikan Ten Hag mendapat kesemua pemain yang dia mahukan.

Baca yang lain