Tak Sampai Semusim, Barcelona Sedia Jual Raphinha Kerana Kecewa Prestasinya

Barcelona berperang dengan Chelsea untuk mendapatkan Raphinha sebelum ini. Dan pemain itu akhirnya mendapat kontrak dengan Barcelona setelah terpaksa menunggu kelab itu mengurangkan beberapa bil gaji mereka.

Raphinha menyatakan bahawa perpindahan ke Bercelona sentiasa keutamaannya kerana Barca merupakan kelab impiannya sejak dari kecil lagi.

Raphinha beraksi cemerlang ketika aksi pra musim. Membuatkan Barca yakin bahawa mereka telah membuat perpindahan sangat berbaloi.

Namun tak sampai semusim bersama, Xavi dikatakan sedia menjual pemain itu pada akhir musim ini.

Ianya selepas Barcelona merasakan Raphinha tidak mencapai standard yang mereka harapkan.

Bukan itu sahaja, sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa Xavi agak kecewa kerana Raphinha dianggap menipu status kecergasannya demi untuk menjaga ‘kakinya’ untuk menyertai Piala Dunia 2022.

Dengan prestasi cemerlang ditunjukkan beberapa pemain lain seperti Ousmane Dembele, Barcelona dikatakan masih tidak berpuas hati kerana mereka masih gagal mendapatkan prestasi terbaik Raphinha seperti ketika pemain itu bermain untuk Leeds.

Barcelona kini masih perlu mengurangkan bil gaji dan perbelanjaan mereka kerana akaun FFP mereka masih tidak sihat lagi.

Itu yang membuatkan Barca telah diberikan amaran bahawa mereka tidak boleh menandatangani pemain baharu pada Januari ini. Barca membuat bantahan ke atas La Liga tentang perkara itu.

Barcelona yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dan mereka akan dapat mendaftarkan beberapa pemain baharu lagi.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali