Tak Sanggup Lagi Menumpang Stadium Kerajaan, PSG Pertimbang Ubahsuai Trek Lumba Kuda Jadi Stadium

Paris Saint-Germain telah melantik sebuah syarikat Amerika untuk mengkaji kemungkinan membina stadium baharu selepas pihak berkuasa bandar itu dan pemilik Parc des Princes berkata mereka menentang penjualan stadium tersebut kepada PSG.

PSG telah bermain di Parc Des Princes selama hampir 50 tahun tetapi Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo berkata pada bulan Januari stadium itu “bukan untuk dijual” dan “tidak akan dijual” kepada kelab milik Qatar itu.

PSG telah menjadikan menyewa stadium pinggir bandar barat di bandar itu. Dan sebagai syarat penyewaan, PSG melaksanakan kerja-kerja pemodenan dan pembesaran sehingga memakan kos mencecah 500 juta euro ($536 juta).

PSG, yang telah melabur €85 juta dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menambah baik kemudahan dan meningkatkan kapasiti stadium tersebut.

Berdasarkan kontrak, PSG membayar sewa €1 juta setahun kepada kerajaan Perancis. Dan kelab Qatar itu juga tertakluk kepada perjanjian untuk membantu menambahbaik / upgrade stadium tersebut menjelang Euro 2016 yang lalu.

Selepas kejohanan Euro 2016, PSG boleh menikmati kutipan tiket daripada 48,000 kepada 60,000.

PSG turut bersedia untuk memberikan €500 juta lagi dalam pengubahsuaian dan lanjutan yang lebih besar untuk membolehkan kelab itu terus berkembang dan bersaing dengan kelab terkemuka Eropah yang lain.

Kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan perjanjian untuk penjualan Parc des Princes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun semua rundingan itu gagal menemui persetujuan. Kini, Datuk Bandar Paris, telah menyatakan kata kata yang dianggap keputusan mutlak bahawa mereka tidak akan lagi duduk berunding untuk sebarang rundingan berkaitan pembelian stadium tersebut.

“Kami mempunyai kedudukan yang sangat jelas. Parc des Princes bukan untuk dijual, dan ia tidak akan dijual.’

“Ini adalah kedudukan yang tegas dan mutal. Ia adalah warisan yang luar biasa untuk orang Paris,” katanya kepada akhbar Le Parisien pada hari Sabtu.

PSG menyatakan mereka sangat kecewa kerana Hidalgo berdegil dan mengambil keputusan dianggap melulu.

Ini kerana menurut PSG, keputusan kerajaan enggan menjual stadium itu kepada PSG akan membuatkan rakyat Perancis yang menanggung beban kos menyelenggara stadium itu yang memakan puluhan juta dollar, hasil daripada wang pembayar cukai.

PSG yakin, langkah terbaik adalah menjual terus stadium itu kepada mereka.

Jurucakap PSG memberitahu ESPN: “Sungguh mengejutkan dan mengecewakan untuk mendengar bahawa Datuk Bandar Paris mengambil kedudukan yang, secara bertegas menolak sebarang rundingan, yang akan memaksa PSG, peminat dan komuniti kami menjauhi Parc des Princes; sementara itu juga — ianya agak luar biasa — [kerajaan telah] menambah berpuluh puluh juta Euro kepada beban pembayar cukai untuk mengekalkan struktur bangunan, yang kini berusia 50 tahun dan memerlukan pengubahsuaian.”

Bagaimanapun, Hidalgo, yang tidak begitu popular di kalangan masyarakat di Paris, berdasarkan tinjauan pendapat sejak pemilihan semula pada 2020, masih mahu bekerjasama dengan PSG untuk memodenkan stadium tersebut.

Dia cuma tidak mahu menyerahkan Parc Des Princes kepada PSG walaupun apa sahaja nilai yang ditawarkan kelab itu.

Tetapi kini kelab itu enggan melabur sejumlah besar wang di Parc des Princes jika mereka tidak memiliki stadium itu.

“Adalah dikesalkan bahawa Major kini tiba-tiba merampas — secara muktamad — perbincangan penjualan yang telah kami lakukan sejak sekian lama, dengan kelab kini dengan sedihnya terpaksa memajukan pilihan alternatif untuk rumah kami, yang bukan keputusan yang kelab atau peminat kami harapkan,” tambah kelab itu.

PSG cari markas baharu

Pada November, presiden PSG Nasser Al-Khelaifi memberitahu akhbar sukan Sepanyol Marca bahawa PSG “tidak lagi dialu-alukan” di Parc des Princes, sambil menambah mereka sedang mencari “alternatif lain”.

Antaranya adalah cuba, mengubah suai trek lumba kuda yang berdekatan dilaporkan adalah satu pilihan.

PSG berdepan kesukaran mencari tanah untuk membina stadium di Paris, berdekatan dengan penyokong mereka. Ini kerana Paris terlalu padat.

Parc Des Princes Dirasmikan pada tahun 1897 kemudian diubah suai pada tahun 1972, bekas velodrom itu, dengan kapasiti 48,000, telah menjadi rumah kepada kelab itu sejak 1974.

 

Baca yang lain