Tambahan 1 Tahun Kontrak Untuk ThomasTuchel Dan Thiago Silva, Fikayo Tomori Jadi Milik AC Milan

Sepanjang bulan Disember 2020 dan Januari 2021 Chelsea mengalami 5 kekalahan, posisi Frank Lampar sebagai pengurus pasukan ditamatkan. Pada penghujung Januari Thomas Tuchel dilantik sebagai pengurus baharu.

Impak Tuchel terus muncul dengan serta merta. Chelsea tidak kalah dalam 10 perlawanan liga sejak perlawanan pertama diuruskannya. Menang 6 kali dan seri 4 kali.

Tuchel juga membawa Chelsea ke perlawanan akhir Piala FA namun tumbang di tangan Leicester City 0-1 hasil jaringan pemain kebangsaan Belgium, Youri Tielemans.

Chelsea menebus kekecewaan itu apabila menjulang Liga Juara Eropah dengan menewaskan Man City 1-0.

Tuchel hanya dibawa masuk dengan kontrak 1 setengah musim. Keputusan baik di liga, mara ke perlawanan akhir Piala FA dan menang Liga Juara-Juara menjadi sandaran baik buat pasukan untuk memanjangkan kontrak pengurus dari Jerman itu.

Akhirnya Chelsea melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2023 iaitu tambahan setahun lagi dari baki 1 tahun yang tinggal.

Ketika Tuchel menyertai kami terdapat banyak lagi perlawanan yang perlu dimainkan oleh pasukan di liga dan eropah. Dia melakukan dengan lancar dan serta merta menjadi sebahagian dari keluarga Chelsea.

Mengembalikan kami di kedudukan ke-4 adalah sangat penting. Tidak ada yang lebih gembira selain kejayaan kami di Liga Juara Eropah. -Marina Granovskaia dalam halaman rasmi pasukan

Chelsea juga membuat keputusan untuk memberi 1 tahun kontrak lagi kepada pertahanan tengah mereka, Thiago Silva. Pemain Brazil ini akan berusia 36 tahun selepas sebulan Liga Perdana membuka tirai pada Ogos nanti.

Tetapi Silva membuktikan dirinya masih mampu bermain di pentas tertinggi dan paling laju di dunia ini. Thiago tampil lebih banyak dari mana-mana pemain pertahanan tengah yang dimiliki Chelsea.

Bekas pemain Paris Saint Germain ini berada 23 kali dalam kesebelasan utama berbanding Kurt Zouma (22), Antonio Rudiger (19) dan Andreas Cristansen (15).

Dalam perkembangan lain Chelsea akan berbincang melanjutkan kontrak pemain paling disayang di dunia, N’Golo Kante supaya terus kekal di London.

Disebabkan Kante sangat gembira maka perbincangan tersebut tidak akan dilakukan secara terburu-buru. Rundingan hanya dilakukan pada bulan hadapan selepas kejohanan Piala Eropah berakhir.

Kejuruteraan Jerman: Bagaimana Thomas Tuchel Melengkapkan Kebangkitan Chelsea

Sementara itu pertahanan muda Chelsea dibeli secara tetap oleh AC Milan. Tomori dipinjam ke kelab Itali itu pada Januari lepas dengan AC Milan mempunyai pilihan untuk membelinya secara kekal pada harga £25 juta + £5.

Peluang Tomori di London agak sukar walaupun Gareth Saouthgate telah memberikannya debut antarabangsa dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Eropah pada tahun 2019. Namanya tidak lagi dipanggil selepas itu kerana Tomori bukan pemain yang banyak bermain di kelab.

Selepas dipinjam ke AC Milan, pemain berusia 23 tahun telah muncul 17 kali di Serie A dalam tempoh 6 bulan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.