Kejuruteraan Jerman: Bagaimana Thomas Tuchel Melengkapkan Kebangkitan Chelsea

Kejayaan Chelsea menggondol kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam sejarah sememangnya bukan dalam ramalan ramai pihak di awal musim.

Frank Lampard yang masih mentah dalam pengurusan kelab memulakan musim Chelsea dengan memborong pemain dengan nilai lebih £200 juta. Membawa masuk Kai Havertz, Timo Werner, Hakim Ziyech, Ben Chilwell, Thiago Silva dan Edouard Mendy bagi memantapkan pasukannya.

Chelsea kelihatan tidak stabil walaupun mempunyai pemain berbakat dalam skuad mereka. Pattern serangan yang mudah diramal dan pertahanan yang rapuh serta kegagalan pemain baru menyesuaikan diri meletakkan Lampard dalam situasi tertekan.

Akhirnya Lampard dipecat di pertengahan musim dan digantikan oleh Thomas Tuchel dengan tugas berat,  sekurang-kurangnya layak ke UCL musim hadapan disamping meningkat prestasi 2 pemain mahal Jerman itu.

Menyantuni Old Guards

Perkara pertama yang dilakukan oleh Tuchel adalah memberi peluang kepada pemain berpengalaman yang sebelum ini tidak mendapat kepercayaan di bawah Lampard untuk menunjukkan kualiti mereka.

Beliau juga memberi arahan yang jelas dalam taktikalnya dan setiap pemain diberi peranan yang tertentu di dalam padang membantu mengembalikan form pemain. Selain itu, Tuchel juga berusaha mengeksplotasi kekuatan pemainnya selain dari mengatasi kelemahan mereka.

Antonio Rudiger yang jarang bermain malah tidak tersenarai di bangku simpanan menunjukkan prestasi mengagumkan setelah kemasukan Tuchel. Azpilicueta kembali menyarung lilitan kapten untuk mengawal bahagian kanan pertahanan.

Jorginho menjadi jeneral di tengah padang mengawal tempo permainan. N’Golo Kante kembali menemui rentak. Werner dan Havertz walaupun masih tidak mencapai standard yang diharapkan, telah bermain lebih baik di bawah Tuchel.

Transformasi Struktur Pertahanan

Pada 26 Januari 2020, Chelsea berada di tangga ke-9, ketika Tuchel mengambil alih. Hanya mencatat 8 kemenangan dan 5 seri dan 6 kekalahan. Walaupun berjaya menjaringkan 33 gol, pertahanan Chelsea sangat teruk, bolos 23 gol.

Tuchel telah menstruktur semula pertahanan menjadi hampir sempurna, dan corak permainan yang intensiti tinggi. Beliau menukar formasi dari 4-2-3-1 yang kerap digunakan oleh Lampard kepada 3-4-2-1 yang dilihat memberi kestabilan dari aspek serangan dan bertahan.

Chelsea hanya melepaskan 13 gol dalam semua pertandingan sejak dilatih oleh pengurus berbangsa Jerman itu, terbaik dalam liga (11) dan hanya City yang mengumpul lebih banyak mata berbanding mereka.

Team No One Wants to Play Against

Menjawab soalan wartawan sejurus tamat perlawanan pertamanya menentang Wolves, Tuchel berikrar ingin menjadikan Chelsea sebagai pasukan yang tiada siapa ingin tentang.

Tuchel menegaskan dia dapat memberikan personaliti di luar padang yang diperlukan untuk mengubah Chelsea menjadi pemenang dan perlu melakukannya secepat mungkin.

Kata-katanya bukan omong kosong. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, Chelsea telah menewaskan juara liga, Manchester City dalam 3 pertandingan berbeza. Menewaskan Liverpool dan Spurs di tempat lawan serta menyingkirkan Madrid bersaudara dari saingan eropah.

A man of his words.

Rumusan

Kemenangan di final UCL menyempurnakan kebangkitan Chelsea di bawah kendalian Tuchel. Peranannya dalam mengubah lanskap Chelsea tidak boleh dipandang remeh.

Apa yang digambarkan sebelum ini sebagai projek jangka masa panjang hanya memerlukan kepakaran seorang jurulatih bertaraf dunia untuk disempurnakan.

Seperti dilaporkan oleh Fabrizio Romano, Thomas Tuchel akan bertemu board Chelsea dalam masa terdekat untuk menandatangani kontrak baru sehingga 2023 dengan pilihan tambahan setahun.

Glückwunsch Tuchel!

Baca yang lain