Tangguhkan Bulan Madu, Namun Tak Main Walau Seminit

Boubacar Kamara telah memutuskan untuk menangguhkan bulan madunya pada minggu antarabangsa FIFA Jun 2023, selepas mendapat panggilan mengejut daripada Didier Deschamps.

Ini selepas kecederaan yang melanda Adrien Rabiot. Maka Kamara dipanggil untuk menggantikan pemain itu.

Boubacar Kamara dalam prestasi terbaiknya pada musim debut di EPL terutama sekali di bawah kendalian Unai Emery.

Lebih menguntunkan Aston Villa, pemain itu ditandatangani secara percuma dari Olympique Marseille.

Boubacar Kamara dengan cepat menyesuaikan diri dengan Liga Inggeris, seolah olah dia sudah bermain di England sejak remaja lagi.

Pemain berusia 23 tahun itu beraksi 26 penampilan di bawah skuad Unai Emery dan mencipta 1 assist. Dia dianggap pemain penting Unai Emery.

Oleh kerana prestasi cemerlangnya itulah dia berada dalam skuad simpanan Perancis.

Dan tuah memihak kepadanya lagi ketika dia menerima panggilan rasmi daripada skuad kebangsaan Perancis. Sebelum ini dia sudah ada 3 kaps bersama dengan Perancis.

Kamara sedia untuk meraih kaps keempatnya bersama Les Bleus.

Malangnya, dalam 2 perlawanan kelayakan EURO 2024, Boubacar Kamara langsung tidak bermain walau seminit.

Di mana Perancis menang 3-0 ke atas Gibraltar dan kemudian menang tipis 1-0 ke atas Greece.

Isteri kepada Boubacar Kamara tidak mahu melepaskan pemain itu daripada troll.

Dan isterinya, Coralie Porrovecchio telah memuat status di media sosial berbunyi: “Tak pasti, nak gelak ke nak nangis.”

Ada yang mengusik Boubacar Kamara sebagai melalui minggu malang kerana terlepas minit perlawanan dalam dua venue berbeza.

Baca yang lain