Tangisan Perpisahan Messi: “Tak Sangka Berakhir Bergini, Barca Adalah Rumah Saya”

Barcelona hari ini mengadakan majlis perpisahan degan Lionel Messi setelah pemain itu terpaksa dilepaskan kerana peraturan FFP.

Messi yang berada di Barcelona minggu ini untuk menandatangani kontrak rasmi selepas memeterai perjanjian secara verbal.

Malangnya ketika tiba di pejabat, Messi diberitahu bahawa Barcelona terpaksa untuk tidak melanjutkan kontraknya kerana dihalang oleh FFP.

Selain itu, Barcelona akan mengambil risiko jangka panjang jika terlalu mendesak mahukan Messi dengan mengorbankan beberapa perkara lain termasuk menjual terlalu ramai pemain dalam keadaan terdesak.

Barcelona mengeluarkan kesemua trofi yang pernah dimenangi Messi bersama sama dengan mereka.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa pemain Barcelona yang lain. Ini ternyata detik bersejarah yang sukar untuk semua peminat Barca dan skuad mereka.

Baru sahaja sidang media bermula, Lionel Messi dilihat sudah menangis. Beliau sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan Barcelona.

Messi berkata: “Beberapa hari ini, saya memikirkan apa yang harus saya katakan hari ini. Hakikatnya, saya tak mampu memikirkan apa apa. Ini realiti yang pahiot untuk saya selepas bertahun tahun saya di sini sepanjang hidup saya. Saya tak sedia untuk realiti seperti ini.”

“Tahun lalu saya berdepan dengan burofax [isu cukai], kelab meyakinkan saya untuk terus kekal. Namun kali ini situasinya berbeza. Keluarga saya mahukan saya terus kekal di rumah saya di sini, itu adalah harapan kami melebihi segalanya.”

“Kami semua memikirkan bahawa kami akan terus kekal di Barcelona. Kami melalui masa masa yang hebat di sini. Dan, hari ini, saya harus mengucapkan selamat tinggal untuk semua ini.”

“Saya sudah berada di sini sepanjang hidup saya sejak berusia 13 tahun. Selepas 20 tahun di sini, saya pergi meninggalkan kelab ini bersama anak dan 3 orang anak saya.”

“Saya sangat berterima kasih dengan segalanya, untuk semua rakan sepasukan, bekas rakan sepasukan dan semua yang sentiasa menyokong saya. Sangat ramai untuk saya sebutkan.”

“Inilah rumah saya, melalui banyak sekali pengalaman di kelab ini. Sangat banyak detik indah berlaku. Dan juga ada beberapa detik sukar. Semua ini membantu saya membesar menjadi insan yang saya ada pada hari ini.”

“Saya belum mengucapkan selamat tinggal kepada semua mereka di sini, kerana saya masih belum terfikir akannya, dan saya tak pernah membayangkannya.”

“Saya meninggalkan kelab ini tanpa berjumpa dengan para penyokong sudah hampir setahun setengah. Saya dapat bayangkan saya mahu mengucapkan selamat tinggal di Camp Nou dengan membayangkan stadium itu penuh dengan penyokong. Namun buat masa ini, beginilah caranya.”

“Saya berharap suatu hari nanti saya akan kembali dan menjadi sebahagian kelab ini, membantu kelab ini untuk menjadi terbaik.”

Messi tidak tahu memilih mana satu detik terbaiknya di Barca. Namun baginya detik melakukan debut sentiasa istimewa.

Komen tentang kemungkinan beliau akan PSG, Messi berkata: “Saya masih tidak mengesahkan apa apa perjanjian dengan mana mana pihak. Namun itu salah satu kemungkinannya. Ketika berita itu keluar, saya menerima banyak panggilan. Namun masih belum ada apa pun yang dimeterai lagi.”

“Tentang gambar saya dengan pemain PSG, itu hanya kebetulan. Kami berada di satu tempat yang sama pada masa yang sama. Kami semua rakan.”

“Saya merasa bertuah dengan karier saya yang ada di Barcelona. Terutama sekali detik memenangi piala. Begitu juga dengan kekalahan. Kekalahan membantu mematangkan kami, belajar daripada kekalahan itu.”

Messi menyatakan bahawa beliau memang mahu menamatkan kariernya di Barcelona, namun usaha itu tidak kesampaian kerana dihalang oleh peraturan La Liga.

“Macam Laporta katakan, kelab ini lebih besar daripada sesiapa sahaja. Semua orang harus menerima hakikat itu. Kelab kita ada pemain pemain yang bagus.”

Adakah Messi terasa seperti dirinya ditipu?

Messi menjawab: “Tak, tak! Semua orang sudah berusaha sedaya upaya mereka. Dan akhirnya, semuanya mustahil. Semuanya transparen. Cuma masalahnya, apabila kamu tidak bercakap, mereka akan menulis banyak perkara tentang kamu dan ada beberapa yang mereka katakan itu tak benar.”

Berita yang sukar diterima

Messi mengakui beliau sangat sukar menerimanya berita dari Barcelona, bahawa kelab tidak mampu menawarkannya kontrak baharu.

“Sangat sukar untuk mencerna semuanya. Ketika di rumah, ianya lebih sukar, namun paling penting, saya terus bermain bola sepak. Itu yang paling saya mahukan berbanding perkara lain.”

Ditanya adakah Messi akan terus berjuang untuk kekal sehingga ke saat akhir jendela perpindahan seperti mana semangatnya yang selalu berjuang sehigga ke wisel penamat.

Messi menjelaskan bahawa pihaknya tidak mahu memberikan harapan palsu di atas perkara yang memang mustahil berlaku.

Messi menjawab: “Macam yang saya katakan sebelum ini, kelab ini dalam situasi hutang sangat banyak. Ianya mustahil. Dan saya pada masa yang sama harus memikirkan soal karier saya.”

“Saya sudah menawarkan bayaran gaji dikurangkan 50%. Mereka tidak meminta apa apa lagi selain itu. Banyak perkara yang orang cakap di luar sana adalah tak betul. Saya sudah melakukan segalanya yang saya mampu untuk terus kekal.”

Adakah Messi akan kembali ke Nou Camp untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong?

“Ya, jujurnya, mungkin kekok. Namun untuk penyokong penyokong Barca, saya sedia untuk melakukan apa sahaja.”

Messi menamatkan eranya selepas 21 tahun di Barcelona dengan rekod:

778 perlawanan

672 gol (Terbanyak seoanjang zaman)

305 assist

4 UCL

10 La Liga

7 Piala Super Sepanyol

3 Piala Dunia Kelab

8 Piala Super Sepanyol

3 Piala Super Eropah

6 Ballon d’Or

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan