Tawaran Lumayan Arsenal Buat Willian Toksey Terima Tawaran Chelsea

Mat Afro Chelsea iaitu Willian telah menolak tawaran terkini dikemukakan oleh Chelsea kepadanya.

Ini bukan kali pertama kedua dua pihak sorong papan tarik papan dalam isu kontrak baharu Willian.

Sebelum ini Willian menolak tawaran lanjutan cuma setahun daripada Chelsea. Dan belia meminta sekurang kurangnya 2 tahun.

Drama tak terhenti di situ apabila ketika Chelsea berkeras menawarkan setahun, Willian pula meminta 3 tahun.

Alasannya kerana dia mahu menetap di London kerana sudah mendapat kewarganegaraan Inggeris.

Willian menegaskan si isterinya sudah memberitahunya bahawa mereka mahu menetap di London untuk membesarkan anak mereka.

Selepas impak daripada Covid, Chelsea dikatakan cuba menawarkan kontrak dua tahun kepada Willian. Namun pemain itu menolaknya dan meminta 3 tahun.

Willian terus menyatakan bahawa taat setianya adalah bersama Chelsea.

Namun tak menolak kemungkinan akan menyertai pasukan dari London yang lain jika gagal untuk mendapatkan kontrak di Chelsea.

Ini bermakna Willian membuka peluang kelab seteru sebandar Chelsea terutama sekali Arsenal dan Spurs untuk memilikinya secara percuma.

Terbaru Chelsea mengemukakan tawaran baharu kepada Willian.

Pemain itu pula menolaknya. Chelsea mahu pemain itu kekal sehingga 2022 ataupun lanjutan dua tahun dengan tawaran gaji lumayan.

Dilaporkan Willian sedang mempertimbangkan tawaran daripada Arsenal. Wakil beliau sudah bercakap dengan juara Piala FA itu untuk mendapatkan pemain itu secara percuma.

Arsenal dilaporkan menawarkan kontrak sehingga 4 tahun untuk pemain tersebut. The Gunners juga dikatakan sedia menewaskan tawaran gaji daripada Chelsea.

Dan macam biasa bila ada Willian kena ada Barcelona dalam berita perpindahan.

Kali ini Barcelona dilaporkan tidak menunjukkan sebarang minat untuk mendapatkan Willian.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di