Ten Hag Puji Prestasi United Lawan Bayern: “Kami Tak Patut Kalah”

Erik Ten Hag memuji prestasi pasukannya ketika kalah di tangan Bayern Munich. Dan agak sedih kerana menurutnya, mereka tidak berhak untuk kalah perlawanan ini setelah menunjukkan aksi sangat baik.

Man United kalah 0-1 di tangan Bayern Munich di OId Trafford. Bermakna mereka kalah 4 kali dalam peringkat kumpulan A UCL musim ini.

United tersingkir, bukan sahaja dari UCL, malah gagal mara ke UEL sekalipun. Ini apabila FC Copenhagen mara ke kalah mati UCL bersama Bayern dan Galatasaray pula mara ke UEL.

Ten Hag tidak pernah kesal dengan kempen yang dianggap suram oleh United dalam UCL musim ini. Dan menyatakan mereka harus menerima keputusan di atas padang dan belajar daripadanya.

“Tiada kekesalan, kami gagal mara, namun kami harus menerimanya. Kami harus belajar daripadanya. Kami bermain bola sepak yang bagus dalam UCL kali ini . Kami harus membawa persembahan yang baik di UCL ini ke dalam EPL. Kerana kami mahu kembali beraksi di UCL musim akan datang.”

“Kami tidak kehilangan rentak itu hari ini, kelas sekali. Kami bermain sangat baik dan juga ada membuat kesilapan. Akhirnya itu tak cukup bagus.”

“Kami sebenarnya tak cukup kutipan mata. Kami kecewa sebagai sebuah pasukan, saya sebagai pengurus, saya pun kecewa kerana kami harus lebih baik.”

Bercakap tentang kekalahan malam tadi, Ten Hag berkata: “Dan sekali lagi, prestasi kami hari ini sangat baik. Kami tak layak kalah, namun kami kalah juga perlawanan ini.”

“Bayern juga pasukan yang bagus. Walaupun mereka tidak mendapat rentak dalam permainan, mereka ada kualiti secara individu dan cuma memerlukan satu momen, malangnya itu benar benar berlaku.”

“Kami tahu kami mahu lebih konsitensi. Sebagai pengurus, tugas saya untuk meningkatkan kualiti pasukan, saya harus membimbing mereka dan pemain harus bertanggungjawab. Kami harus bersama sama dalam perkara ini.”

Komen Ten Hag itu jelas kurang difahami segelintir peminat United yang mengingatkan bahawa pasukan mereka cuma ada 1 percubaan tepat / on target dalam perlawanan ini.

Baca yang lain