Ten Hag Sahkan Rasminya Maguire Kekal Kapten, Gary Neville Pula Yang Bergaduh Dengan Netizen

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengesahkan bahawa Harry Maguire akan terus menjadi kapten Manchester United untuk musim akan datang.

Sekaligus menamatkan teka teki siapakah kapten Setan Merah pada musim akan datang.

Ten Hag sebelum ini terbuka mempertimbangkan calon lain termasuk Bruno Fernandes, David De Gea dan Cristiano Ronaldo. Namun dia tetap menjadikan Maguire antara calon berpotensi besar.

Ten Hag jelas menyukai komitmen dan sumbangan bek tengah termahal dunia itu sejak menyertai Manchester United.

Masanya akhirnya tiba. Ten Hag mengumumkan secara rasmi bahawa Harry Maguire adalah ketua pasukan Man United untuk musim baru. Mengekalkan lilitan kapten yang ada padanya,

Dalam sidang akhbar pramusim pertamanya sebagai pengurus Manchester United, Ten Hag yang bersemangat bercakap positif mengenai pemain pertahanan itu menjelang pertembungan Selasa menentang Liverpool di Stadium Rajamangala, Thailand.

Dia berkata: “Saya perlu mengenali semua pemain, tetapi dia seorang kapten yang mantap dan dia telah mencapai banyak kejayaan.”

Maguire bergelut dalam sebahagian besar sepanjang kempen 2021/22, tetapi berjaya mengekalkan kaptennya di bawah pengurusan Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick.

Dan nampaknya dia akan melakukan sekali lagi di bawah Erik ten Hag, yang berminat untuk membawa masuk bek tengah baharu untuk bergandingan dengan pemain antarabangsa England itu, dengan pemain Ajax, Lisandro Martinez menjadi sasaran yang berpotensi tinggi.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville, gembira dengan keputusan itu. “Bagus,” kata Neville di Twitter apabila berita Maguire diumumkan.

Neville kemudiannya membalas pengkritik tweetnya sebelum ini. Dia mulai berperang dengan beberapa peminat yang mengecam sokongannya ke atas Maguire.

Menurut Neville, kenapa peminat United mengecamnya dan tidak mengecam Ten Hag?

“Jadi penyokong United yang sama marah dengan saya kerana memuji keputusan mengekalkan Maguire sebagai kapten seolah-olah tanpa mengetahui mengkritik pengurus baharu itu atas keputusannya,” tulisnya.

“Mungkin [tiba masanya] kita harus menyokong Maguire dan berhenti membulinya di sini! Pengurus baharu itu jelas menyukainya.”

Satu lagi perkara yang dikemukakan dalam sidang akhbar pagi Isnin ialah masa depan Cristiano Ronaldo. Di mana pemain itu sudah menghantar surat minta pindah atau transfer request daripada kelab – jika ada tawaran yang baik untuknya.

Pengurus Belanda itu berkata pemenang lima kali Ballon d’Or itu “dalam perancangan kami” di tengah-tengah laporan bahawa pemain itu mahu meninggalkan Old Trafford dalam usahanya bermain bola sepak Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Ronaldo tidak bersama dengan pasukan kerana isu peribadi dan Ten Hag menafikan kerana dia mahu menyelesaikan isu perpindahan ke kelab lain.

Ronaldo dikaitkan dengan Bayern Munich, AS Roma, Napoli dan juga seteru se-England Chelsea.

Ketika ditanya mengenai situasi semasa Ronaldo, Ten Hag berkata: “Dia tidak bersama kami kerana isu peribadi. Kami merancang kempen dengan Cristiano Ronaldo untuk musim ini. Itu sahaja.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” tambahnya. “Cristiano bukan untuk dijual. Dia ada dalam rancangan kami. Kami mahukan kejayaan bersama.”

Ten Hag juga mengesahkan dia bercakap dengan Ronaldo sebelum jelajah mereka di Thailand. Dia memberikan jaminan bahawa perbualannya dengan Cristiano Ronaldo sangat positif. Perkara itu mungkin melegakan peminat Man United yang masih belum bersedia kehilangan legenda kelab mereka itu.

“Saya bercakap dengan baik dengannya,” katanya.

Namun Ten Hag enggan mengulas lebih lanjut kerana ianya dianggap peribadi di antara dia dan CR7.

“Itu antara Cristiano dan saya, apa yang boleh saya sahkan ialah kami mempunyai perbualan yang sangat baik bersama.”

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan