Ten Hag Sedia Lantik Kapten United Yang Baharu Ganti Harry Maguire

Masa depan Harry Maguire di Man United terus menjadi tanda tanya. Pemain itu masih gagal dijual atau dilepaskan oleh Man United.

Walaupun Erik Ten Hag sudah menyenaraikan dia untuk dijual.

Tidak ada kelab yang membida Maguire secara rasmi pada jendela perpindahan kali ini. Ditambah dengan realiti bahawa gajinya telah naik secara automatik sebaik sahaja kelab itu layak ke UCL musim ini.

Ianya dianggap menyukarkan lagi kelab menjualnya. Erik Ten Hag pada awal musim lalu memberikan peluang kepada Maguire membuktikan dirinya.

Malangnya pemain itu gagal meyakinkan Erik Ten Hag dan akhirnya disisihkan daripada kesebelasan utama.

Dia kemudian menjadi ‘kapten tidak bermain’ atau non playing captain dalam skuad Man United. Kerana gagal menjadi pilihan ketiga sekalipun untuk posisi bek tengah.

Di mana Erik Ten Hag lebih rela menggunakan bukan bek tengah semulajadi iaitu Luke Shaw untuk bermain di bek tengah apabila pemain lain tidak tersedia.

Musim sebelum ini Maguire cuba meninggalkan kelab itu. Namun Man United tidak membenarkannya, kerana yakin Erik Ten Hag mungkin akan dapat membantu membangkitkan semula Maguire.

Malangnya itu tidak berlaku. Dan Maguire hanya menjadi pemanas bangku simpanan di kelab itu.

Man United tidak memiliki dana perpindahan yang tinggi pada kali ini. Dan Erik Ten Hag dibenarkan menjual mana mana pemain yang dia rasa tiada dalam perancangannya untuk menambah dana tersebut.

Maguire antara nama dalam senarai itu. Malang sekali tiada pembeli yang benar benar serius mahukan Maguire.

Spurs yang awalnya berminat dengan Maguire, kelihatan dingin dalam usaha mereka.

Ten Hag kemudian sedia melucutkan jawatan kapten daripada Harry Maguire kerana dia mahu kapten yang bermain berbanding dari kalangan pemain simpanan.

Musim lalu, Bruno Fernandez banyak kali menjadi kapten Man United selain David De Gea.

Ten Hag masih mengekalkan Maguire sebagai kapten kelab ketika dia mula tiba di Old Trafford. Dan kini tidak lagi. Pemergian De Gea bermakna, Bruno Fernandes dianggap tiada saingan yang kuat untuk menjadi kapten baharu kelab itu sepenuh masa.

Ia juga salah satu isyarat kepada Maguire bahawa dia harus mencari kelab baharu atas usahanya sendiri. Salah satu cara yang boleh memudahkan usahanya berpindah adalah dengan menerima pengurangan gaji.

Maguire akan dilucutkan jawatan kapten walaupun dia kekal sekalipun dengan kelab itu.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah