Ten Hag Sudah Hilang Sabar Dengan Sancho Dan Letakkannya Dalam Senarai 6 Pemain Untuk Dijual

Erik Ten Hag akan memulakan pembersihan pasukan dengan menjual beberapa pemain yang dia tak perlukan pada musim akan datang.

Paling mengejutkan ialah Jadon Sancho yang baru dibeli Man United dua musim yang lalu daripada Dortmund dengan nilai £85 juta.

Erik Ten Hag dilaporkan sudah hilang sabar dengan prestasi Sancho dan sudah sedia untuk kehilangan pemain itu yang memiliki gaji sangat tinggi.

Selain itu, nama Anthony Martial turut berada dalam senarai untuk dijual. Martial sangat cemerlang pada pra musim dan awal musim ini ketika Erik Ten Hag baru mengambil alih.

Namun dia bermasalah dengan kecergasan dan akhirnya kehilangan banyak minit permainan musim ini.

Satu lagi nama pemain yang dibeli mahal tetapi berada dalam senarai jual Ten Hag ialah Harry Maguire.

Kapten United itu kini menjadi kapten ‘tidak bermain’. Istilah non playing captain merujuk kepada kapten yang gagal menjadi kesebelasan utama secara konsisten.

Bek tengah yang termahal di dunia itu masih gagal untuk meyakinkan Ten Hag tentang kemampuannya untuk bermain taktikal yang dikehendaki pengurus itu.

3 lagi nama yang disenarai adalah mereka yang kini berada secara pinjaman di kelab lain, iaitu Alex Telles, Brandon Williams dan juga Dean Henderson.

Erik Ten Hag akan berusaha membawa masuk beberapa pemain baharu pada musim hadapan terutama sekali di posisi serangan dan bek tengah.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah