Tengok Teamgoal Pahang, Lagi Enak Dengan Killer Pass Faisal Halim

Pahang akhirnya mencipta kemenangan pertama dalam kancah Liga Super musim ini, 2020.

Di mana pasukan Tok Gajah menewaskan Tambadau di Stadium Darul Makmur dengan skor 2-0.

Gol pertama Pahang paling menarik apabila Pahang mencipta gol berpasukan / team goal.

Faisal Halim menjadi hole player dalam gol ini, dan melakukan satu killer pass yang menarik menyingkirkan / eliminating pertahanan lawan.

Sumareh menerima bola itu dan kemudian melakukan hantaran lintang leret kepada Ivan Carlos.

Berada di depan gol, terlalu mudah untuk Ivan Carlos sempurnakan. Tengok di sini gais:

Cantik bukan? Bersahaja dan padu.

Satu lagi gol pasukan Pahang adalah menerusi bek tengah yang memiliki rekod gol cemerlang iaitu Herold Goulon.

Goulon menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 dengan penyudah yang sangat tenang.

Kemenangan Pahang ini merupakan kemenangan sulung mereka dalam kancah Liga Super musim ini selepas menelan dua kekalahan beruntun.

Menamatkan badi tidak menang dalam 4 pertandingan kompetitif sejak kemenangan terakhir pada 19 September 2019 berhadapan dengan Melaka United.

Selain itu, ini merupakan kekalahan pertama Sabah musim ini dalam saingan Liga Super Malaysia 2020. Setakat ini Sabah mencatatkan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah selepas tiga perlawanan.

Dollah Salleh menurunkan kesebelasan terbaik yang beliau miliki. Goulon menjadi kapten pasukan Pahang pada kali ini.

Pahang ada 3 perlawanan yang agak sukar selepas ini. Di mana mereka akan berhadapan dengan Melaka, diikuti perlawanan menentang Kedah dan kemudian menjamu kunjungan juara bertahan Johor Darul Ta’zim.

Dijangka itu adalah perlawanan pertama Matthew Davies beraksi berhadapan Pahang selepas meninggalkan Tok Gajah untuk menyertai Harimau Selatan pada musim ini.

Koran boleh baca laporan perlawanan di antara Pahang vs Sabah di sini:

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari