Teori Taktikal: Penjelasan Ringkas Tentang Zonal Marking, Dan Apa Klopp Selalu Buat Dengan Plan B Origi Ni?

Bola sepak sememangnya dikenali sebagai sukan menyerang, kerana sesebuah pasukan itu harus menjaringkan gol untuk menang.

Tetapi, selain daripada menyerang, aspek bertahan juga sangat penting.

Dalm dalam proses bertahan ada beberapa taktikal atau pendekatan yang digunakan oleh pengurus atau jurulatih.

Antaranya adalah zonal marking.

Apa itu zonal marking?

Ianya adalah pendekatan bertahan dalam satu unit besar dengan berkawal di ruang tertentu. Pemain akan mempertahankan ruang berbanding pergi ke arah pemain lawan untuk 1 v 1 atau man marking.

Ada yang silap anggapan bahawa zonal marking adalah untuk sistem moden dengan high pressing sahaja. Tidak! Diego Simeone hidup dengan sistem zonal marking ketika menguruskan Atletico walaupun pendekatan taktikalnya adalah blok rendah dan klasik.

Zonal marking: Unit adalah kunci

Zonal marking menuntut sesebuah pasukan itu bekerja dalam unit sepanjang masa. Aspek reshape atau membentuk semula komposisi bertahan adalah sangat mustahak.

Di mana pemain akan membentuk formasi bertahan. Ingat, asas bertahan itu juga harus kompak. Dan zonal marking juga harus kompak.

Setiap pemain harus berada di unit masing masing untuk menghalang pemain lawan masuk ke zon mereka.

Selagi lagi lawan berada di luar zon yang dikawal, bermakna pasukan itu ‘ok’ dan tidak perlu terdesak untuk melakukan pressuring secara individu.

Namun untuk pressing akan tetap dilakukan. Ianya berpandukan sistem permainan ditentukan pengurus.

Penekan pertama [1st man pressurer] akan bergerak menekan pembawa bola pasukan lawan dan satu pasukan akan mengikut arah itu dari belakang. Jika bola itu berada di kanan mereka, maka satu pasukan akan bergerak ke kanan dalam formasi mereka.

Untuk pasukan yang menggunakan sistem high pressing, mereka akan berada lebih tinggi di kawasan padang.

Covering

Aspek covering sangatlah penting dalam zonal marking. Setiap pemain yang keluar dari zon mereka untuk melakukan pressure (tekanan secara individu) maka harus ada pemain lain yang covering di zon mereka.

Kenapa Zonal Marking semakin popular?

Pada hari ini, semakin banyak pasukan elit menggunakan sistem zonal marking berbanding man marking.

Hal ini kerana man marking seringkali dimanipulasi pemain pemain yang lincah dan di posisi ‘floating attacker’ seperti false 9. Misalnya Lionel Messi. Adalah berisiko untuk bermain man marking dengan mereka, kerana mereka tidak berada di dalam kotak penalti dengan kerap. Mereka berkeliaran dari tengah padang untuk memecahkan pertahanan dengan unit.

Jadi zonal marking adalah sistem yang sesuai.

Ramai pundit yang berpegang kepada falsafah klasik tidak sukakan zonal marking. Kerana bagi mereka: “ruang itu tak boleh menjaringkan gol, maka man marking adalah sistem bertahan lebih ampuh.”

Ini adalah contoh ketika Manchester United membentuk sistem man to man marking menentang Liverpool di mana ketika itu skuad Ole Gunnar Solskjaer berjaya mengikat Liverpool dengan keputusan 1-1.

Sebenarnya, walaupun secara tersuratnya memang ruang tak boleh menjaringkan gol. Namun ruang itu adalah asas kepada gol lawan jika dibiarkan.

Walaupun prinsipnya sentiasa berasaskan bergerak secara unit. Namun ada juga pengurus yang meletakkan kebebasan khas kepada seorang pemain [biasanya] untuk tidak terlibat dalam zonal marking bagi memudahkan mereka menyerang balas.

Misalnya, Klopp akan menggunakan hanya 9 outfield player untuk bermain zonal marking ketika dia menggunakan Divock Origi yang lebih bersifat target man. Jadi Origi tak terlibat dalam sistem zonal marking di bawah.

Zonal marking mampu membentuk pasukan yang lebih serasi dan lebih cerdas berfikir secara taktikal. Man marking lebih menuntut keringat pemain.

Jadi, jika ianya terus diamalkan berterusan, sesebuah pasukan itu mampu membentuk pasukan yang semakin bagus dari segi permainan berpasukan dengan komunikasi telepathic yang lebih baik.

Pasukan yang bermain dengan tiki taka, dan juego posicion. Mereka bermain dengan sistem pertukaran posisi yang sangat kerap. Jadi, amat sukar bermain man marking dengan sistem ini.

Ada satu video lama yang mungkin boleh membantu anda menjelaskan secara visual tentang zonal marking.

Saksikan di sini:

Baca yang lain