Ter Stegen & De Jong Bakal Menjadi Ejen Bebas Kerana ‘Jenayah Kontrak’

Penjaga gol Barcelona, Ter Stegen menjadi seorang lagi nama yang dikaitkan dengan kontrak yang tidak sah oleh Barcelona.

Sebelum ini, Barcelona menyiasat kontrak Frenkie De Jong dan mendapati kontrak semasa harus dibatalkan dan kembali ke perjanjian asal yang ditadatanani pada 2019.

Ini kerana kontrak semasa yang ditandatangani pada 2020 ada unsur jenayah ketika ianya ditandatangani.

Oleh itu, Frenkie De Jong dan Marc-Andre ter Stegen sudah sedia untuk meninggalkan kelab tersebut secara ejen bebas dengan kontrak mereka yang dianggap tidak sah.

Laporan The Athletic sebelum ini melaporkan bahawa, Lembaga Pengarah diketuai Joan Laporta sudah mendapati 4 permain iaitu De Jong, Ter Stegen, Clement Lenglet dan Gerard Pique – kesemuanya ada unsur unsur jenayah.

Mereka berempat diberikan kontrak baharu oleh Josep Bartomeu pada 2020. Di mana ketika itu kelab berdepan masalah kewangan kerana pandemik melanda.

Kelab itu mahu kontrak semasa yang dipersetujui pada 2020 itu dibatalkan, dan para pemain kembali kepada perjanjian lama mereka atau mereka berdepan dengan tindakan undang-undang yang berpotensi untuk semua yang berkenaan jika mereka tidak mahu berbuat demikian.

Ketika Bartomeu berhempas-pulas mencari cara untuk mengatasi kerugian akibat pandemik Barca ketika kelab itu berhutang sekitar EUR1.3 billion, dia meminta Pique memperbaharui sehingga 2024, Ter Stegen hingga 2025 dan Lenglet dan Frenkie de Jong sehingga 2026 pada 20 Oktober 2020 sebelum kemudian meletak jawatan kerana tuduhan menyeleweng dana kelab tidak lama kemudian.

Lanjutan kontrak itu membuatkan Barcelona berhutang tambahan €311 juta untuk gaji pemain pemain tersebut berbanding dengan kontrak sebelumnya.

Baru baru ini Pique telah bersetuju untuk mengurangkan gajinya secara drastik. Jadi kelab mungkin tidak akan mengambil tindakan ke atas Pique. Kerana tindakan pemain itu dikatakan mampu membantu kelab mendaftarkan kesemua 7 pemain mereka termasuk 5 pemain baharu dan 2 pemain yang diberikan kontrak baharu.

Sementara itu Clement Lenglet yang kini dipinjamkan di Tottenham Hotspur pula turut dilaporkan tidak begitu banyak masalah untuk kelab.

Sebaliknya bagi Ter Stegen dan De Jong, mereka diminta untuk kembali ke kontrak asal. Jika itu berlaku, maka mereka akan menjadi ejen bebas masing masing untuk Jun 2023 untuk Ter Stegen dan 2024 untuk De Jong. bagaimanapun, kembali kepada pengaturan asal mereka akan menyaksikan mereka menjadi ejen bebas masing-masing pada Jun 2023 dan 2024.

Ini bermakna jika kontrak penjaga gol Jerman itu benar benar diundurkan semula ke kontrak sebelumnya, maka dia akan mendapat kebenaran untuk berunding dengan kelab lain mulai Januari dan seterusnya untuk menyertai mereka secara percuma pada musim panas akan datang.

Itu akan menjadi kerugian besar buat Blaugrana. Sebelum ini Barcelona memang bercadang mahu menjual penjaga gol tersebut dengan harga yang sangat tinggi, kerana menganggap dia sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.

Namun isu penjualan Ter Stegen menjadi reda, kerana Barca ternyata tidak memiliki pilihan yang lebih baik untuk posisi penjaga gol. Seterusnya mereka beralih kepada untuk menjual De Jong.

Pemain itu tidak mahu berpindah dan tidak mahu menerima pengurangan gaji. Namanya dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Chelsea.

Jika Barcelona memutuskan untuk merombak semula kontraknya, maka dia akan memasuki tahun terakhir kontraknya bermula musim hadapan.

De Jong merupakan pemain yang sentiasa mahu kekal di Barcelona kerana sudah merancang menetap di sana bersama isterinya. Mereka berdua sudah membeli rumah mewah di Barcelona.

Ketika pemain berusia 25 tahun itu menyertai Barca dari Ajax dalam perjanjian €85 juta (termasuk bonus) pada 2019, dia antara bakat elit rebutan banyak kelab.

Beberapa minggu lalu, Man United dan Barca dilaporkan sudah mencapai kesepakatan harga perpindahan €85 juta – angka yang sama Barca bayar kepada Ajax. Barca sangat terdesak mahu menjual pemain itu ke Man United kerana ianya akan membolehkan mereka mendaftarkan kesemua pemain baharu mereka.

Situasinya sekarang, jika De Jong dipaksa kembali ke kontrak asalnya, pemain itu boleh meletakkan kelab dalam masalah lain jika dia berkeras untuk tidak mahu berpindah. Dia boleh menjadi ejen bebas dalam 2 tahun lagi.

De Jong berhak menerima kenaikan gaji luar biasa berdasarkan perjanjian kontraknya ketika memasuki musim 2022/23 yang akan bermula. Dilaporkan pemain itu akan menerima gaji sehingga EUR510k seminggu di Barca selepas ini.

Barcelona sebelum ini meminta dia mengurangkan gajinya sekurang kurangnya 40%. Namun tidak dilayan pemain itu. Dia juga terus tak mahu berpindah.

De Jong sudah menerima surat guaman daripada Barcelona menyatakan bahawa kelab berhak untuk membatalkan perjanjian semasanya kerana unsur unsur jenayah. Dan Barcelona menganggap bahawa kelab berhak untuk tidak membayar De Jong dengan syarat gaji dalam perjanjian baharu.

Barca sebenarnya masih berhutang sekitar EUR20 juta gaji dengan De Jong. Antara sebab kenapa pemain itu enggap berpindah selagi lagi gajinya tak dilangsaikan.

Barcelona juga menyatakan mereka masih dalam siasatan ke atas kes itu. Mereka tidak menolak hakikat bahawa De Jong dan ejennya mungkin terlibat, namun buat masa ini, pesalah utama ialah Bartomeu.

Barcelona masih bergelut untuk melepaskan beberapa pemain mereka. Martin Braithwaite baru baru ini diboo penyokong Barcelona ketika Trofi Joan Gamper. Kerana pemain itu enggan berpindah selagi lagi kelab tidak melangsaikan tunggakan gajinya. Samuel Umtiti menggunakan alasan yang sama.

Seterusnya, kelab dilaporkan dalam landasan yang positif untuk melepaskan Memphis Depay ke Juventus. Pemain itu sebelum ini setuju untuk mencari kelab lain dan Barca akan menamatkan kontraknya jika dia mendapat kelab baharu, untuk membolehkan dia pergi secara percuma berbanding menebus terus EUR20 juta kepada pemain itu jika menamatkan sahaja kontraknya segera.

Barcelona masih aktif memburu pemain baharu. Nama Marcos Alonso dan juga Bernardo Silva kini berada dalam agenda untuk perpindahan masuk ke Barca.

Barcelona sudah sedia untuk mengaktifkan tuil ekonomi keempat kelab mereka bagu memastikan kesemua pemain baharu dan 2 pemain yang diberikan kontrak baharu termasuk Dembele, akan dapat didaftarkan ke dalam La Liga.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan