Terbuka Malaysia: Axelsen Mudah Ratah Momota, Tamatkan Kemarau 15 Tahun Pemain Eropah

Viktor Axelsen benar benar di kelas tersendiri ketika ini. Di mana dia dengan mudah meratah Kento Momota 21-4, 21-7 dalam aksi final perseorangan lelaki.

Dia sekaligus menamatkan kemarau 15 tahun pemain Eropah memenangi terbuka Malaysia. Dan pemain Eropah terakhir yang memenangi Terbuka Malaysia ialah – juga jaguh Denmark, yang merupakan legenda badminton dunia – Peter Gade pada 2007.

Pertarungan ini awalnya dijangka sengit kerana ianya melibatkan pemain no.1 dunia dengan pemain berada di ranking kedua dunia.

Namun ternyata Axelsen berada di kelas tersendiri. Ini adalah kali pertama Axelsen menjuarai terbuka Malaysia selepas 10 tahun mencuba.

Dia menyertai kejohanan ini pertama kali pada 2012 yang lalu.

Ternyata final ini antara yang paling mudah buat Axelsen. Pemain berusia 28 tahun itu hanya memerlukan 34 minit untuk menamatkan persaingan.

Syabas kepada Axelsen di atas kejuaraan sulung Terbuka Malaysia di dalam kariernya. Dia seringkali dianggap pemain badminton paling rajin dalam generasinya.

Datuk Lee Chong Wei turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada sang juara.

Baca yang lain