TERKINI: Alex Telles Ikut Ronaldo Ke Al Nassr Dengan Nilai €4 Juta Sahaja

Pemain Man United, Alex Telles dilaporkan telah berjaya dijual ke Al Nasser dengan nilai €4 juta dan akan ditambah dengan bonus.

Alex Telles menjadi bek sayap yang menjadi rebutan banyak kelab Eropah beberapa tahun lalu kerana rekod jaringan luar biasanya.

Namun gagal mengukuhkan tempatnya dalam pasukan Man United. Dia malah dipinjamkan ke kelab lain musim lalu ke Sevilla.

Dia membantu kelab itu menjadi juara UEL pada musim lalu. Namun Sevilla berdepan masalah kewangan untuk membelinya secara tetap.

Telles tidak melihat masa depannya di Man United terutama sekali Eric Ten Hag tidak pernah berminat untuk memberikannya peluang.

Sebelum ini Man United mendapatkan dia untuk menggantikan Luke Shaw. Namun Shaw bangkit dan mengukuhkan namanya sebagai no.1 di posisi bek kiri.

Kemudian Erik Ten Hag mendapatkan Tyrell Malacia untuk menjadi pesaing kepada Shaw.

Ia menjadi isyarat jelas bahawa Alex Telles tidak diperlukan oleh Erik Ten Hag di dalam pasukannya.

Sebelum ini 2 nama disenaraikan wajib dijual ialah Alex Telles dan Eric Bailly. Di mana 2 pemain itu tidak disertakan dalam aktiviti pra musim kelab.

Alex Telles setuju dengan kontrak yang membolehkan dia menerima €7 juta semusim.

Al Nassr sebelum ini mendapatkan superstar Cristiano Ronaldo dan juga Marcelo Brozovic – itu antara nama besar yang mereka bawa masuk.

Nama lain yang turut dikaitkan dengan Al Nassr termasuk Hakim Ziyech.

Kini kelab itu menambah satu lagi nama iaitu Alex Telles, pemain kebangsaan Brazil.

Alex Telles yang berusia 30 tahun sebelum ini pernah beraksi bersama Cristiano Ronaldo ketika di Man United. Kini mereka bergabung semula di Al Nassr.

Ronaldo semalam menegaskan bahawa dia adalah magnet yang menarik pemain pemain dari kelab eropah datang ke Arab Saudi.

“Ketika saya membuat keputusan untuk menyertai liga Arab Saudi, ramai kecam saya. Kini lihatlah, saya merintis jalan, dan semua pemain mahu datang ke sini sekarang,” kata Ronaldo.

Ronaldo juga yakin perkembangan di Arab Saudi ketika ini akan membantu liga itu membangun dan memintas beberapa liga eropah lain seperti Liga Belanda dan Liga Turki.

Baca yang lain