TERKINI: Arsenal Sedang Berunding Dapatkan Onana Yang Berharga £60 Juta

Satu berita agak mengejutkan berlaku apabila Arsenal dilaporkan sedang berunding untuk mendapatkan Onana.

EH BUKAN YANG NI!

Tapi yang ini bang:

Menurut wartawan Sacha Tavolieri rundingan intensif dilakukan antara Arsenal dan Everton berkaitan dengan perpindahan Amadou Onana.

Pemain tengah defensif yang musim ini menjadi antara pemain terbaik di posisinya di EPL ketika ini.

Pemain kebangsaan Belgium itu antara nama yang dikaitkan bakal dijual Everton dalam usaha kelab itu menjana pendapatan untuk mengimbangi akaun FFP mereka.

Everton sebelum ini dipotong 10 mata kerana melanggar peraturan berkaitan had kerugian ditetapkan Premier League.

Onana sentiasa mengutamakan Liga Perdana Inggeris sebagai tempat dia mahu beraksi.

Dan pada masa yang sama dia juga berminat untuk menyertai Arsenal. Menurut laporan itu lagi, perkembangan rundingan ini sangat mendadak cepatnya.

Onana diikaitkan dengan Arsenal sejak beberapa bulan lalu. Setelah Arsenal bergelut untuk memiliki seorang pemain tengah yang benar benar fizikal.

Mereka ada Declan Rice yang boleh bermain box to box. Kemudian Thomas Partey kerap cedera sejak menyertai Arsenal.

Oleh itu Amadou Onana dianggap pilihan terbaik pada masa ini. Onana turut menjadi sasaran beberapa kelab besar eropah yang lain.

Menurut Football Insider, Everton sudah meletakkan tanda harga tetap £60 juta untuk pemain itu. Ianya masih tidak lagi termasuk bonus.

Pemain itu masih muda, masih berusia 22 tahun dan memiliki banyak potensi dan ruang untuknya terus berkembang.

Ketika ini kedua dua pasukan masih berunding dan Arsenal akan menghantar bidaan rasmi dalam masa terdekat bergantung kepada rundingan semasa ini. Namun dikatakan rundingan di tahap positif.

Selepas kekalahan di tangan Liverpool, Arteta menegaskan kelab itu tidak akan mendapatkan penyerang baharu dan sedia membangunkan dan membangkitkan pemain sedia ada.

Arteta Puas Hati Kualiti Penyerang Arsenal Dan Tak Akan Beli Penyerang Baharu Januari Ini

Namun pengurus itu jelas merasakan bahawa bahagian tengah adalah lebih penting pada masa ini.

Peminat Arsenal berpendapat tanda harga £60 juta untuk pemain yang berkualiti seperti Onana adalah cukup berbaloi. Mereka sebelum ini mendapatkan Declan Rice dengan nilai sekitar £115 juta.

Jika perpindahan Onana ini benar benar £60 juta, dan berjaya dimeterai bermakna peminat Arsenal bakal melihat gandingan pemain tengah bernilai £175 juta di atas padang.

Baca yang lain