Arteta Puas Hati Kualiti Penyerang Arsenal Dan Tak Akan Beli Penyerang Baharu Januari Ini

Arteta memberikan respon di atas komen peminat yang mendesak Arsenal membeli penyerang baharu. Ini selepas The Gunners tersingkir daripada Piala FA di tangan Liverpool pada pusingan ketiga.

Salah satu punca utama mereka tersingkir adalah kerana ketumpulan di hadapan gol.

Statistik sebelum ini menunjukkan, dari kalangan 5 pasukan teratas dalam carta EPL ketika ini, trio serangan Arsenal paling sedikit gol dengan hanya 12 gol di antara mereka.

Ivan Toney antara pemain yang rancak dikaitkan dengan Arsenal. Dan peminat Arsenal sendiri mahu pemain seperti itu datang menyarung jersi Arsenal.

Tetapi Arteta masih berpuas hati dengan kualiti penyerang yang mereka. Dan menegaskan bahawa, kegagalan Arsenal menjaringkan gol bukan kerana pemain tidak bagus namun lebih kepada isu psikologi.

Di mana pemain sedikit hilang keyakinan diri di hadapan gol. Jadi sudah menjadi tugasnya sebagai jurulatih untuk membantu menaikkan semula prestasi para pemain.

Selain itu dari segi kewangan, Arsenal masih perlu menjaga akaun FFP kelab itu. Di mana sebelum ini Arsenal sudah menegaskan bahawa mereka akan sedaya upaya memastikan bahawa isu FFP terjaga.

Arteta berkata: “Buat masa ini, itu [usaha membeli penyearang baharu] adalah tidak realistik.

“Dan sudah menjadi tugas saya, tanggungjawab yang kami sebagai jurulatih adalah untuk meningkatkan prestasi pemain pemain dan cuba mendapatkan keputusan yang terbaik daripada pemain pemain yang kita ada sekarang,” jelas pengurus asal Sepanyol itu.

Arteta menegaskan bahawa pada masa ini dia merayu kepada penyokong agar mereka terus berada di belakang pemain.

“Apa yang saya nak rayu daripada penyokong adalah, agar mereka terus menyokong di belakang para pemain dalam detik sukar ini, seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.

“Berdiri teguh untuk menyokong pemain yang kita ada. Mereka benar benar pemain yang bagus. Jika tidak, mereka tidak akan mampu melakukan apa yang mereka lakukan hari ini, dan ketika di Anfield. Ayuh berdiri teguh di belakang mereka.

“Itulah perkara yang paling kita perlukan. Mereka akan terasa diri mereka penting dan disokong. Dengan sikap yang mereka tunjukkan, mereka tidak berhak untuk menerima perkara lain. Itu hanya pandangan saya,” tambah Arteta lagi.

Arsenal sudah melakukan 61 percubaan ke arah gol dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Dan daripada jumlah itu hanya 1 gol sahaja yang masuk.

Lalu Arteta ditanya sama ada pemain pemainnya berdepan dengan tekanan secara psikologi di hadapan gol.

Arteta menjawab: “Mungkin ada. Terutama sekali pada hari ini, dan lebih banyak peluang dibazirkan ketikan menentang Fulham dan West Ham. Oleh sebab itu saya rasa kita perlukan reset.

“Minggu rehat ini sangat bagus. Ianya tiba pada masa yang tepat. Kami memahami mereka dalam tempoh yang sukar.”

Baca yang lain