TERKINI: Barca Berikan Budget €10 Juta Untuk Dibelanjakan Xavi Januari Ini

Xavi Hernandez dibenarkan untuk berbelanja pada Januari ini. Dan seperti dijanjikan Barcelona akan memberikan dana perpindahan kepada Xavi untuk dibelanjakan.

Namun jumlah nett spending ataupun perbelanjaan bersih adalah €10 juta.

Jika beliau mahukan dana lebih besar, Xavi perlu bijak menjual beberapa pemain pada Januari ini.

Xavi benar benar perlu untuk menguatkan pasukannya menerusi jendela perpindahan akan datang. Dengan beberapa pemain berada dalam sasarannya.

Antaranya ialah Ferran Torres dan Dani Olmo. Namun dua pemain itu pastinya tidak murah.

Barcelona akan cuba sedaya upaya mendapatkan beberapa bintang secara pinjaman.

Ini kerana situasi kewangan kelab yang tidak mengizinkan.

Beberapa pemain sudah berada dalam senarai untuk dijual atau dilepaskan. Antaranya Samuel Umtiti. Seterusnya Luuk De Jong bakal dipulangkan semula ke Sevilla lebih awal. Ini dengan memendekkan tempoh pinjaman pemain itu.

Barcelona sebelum ini sukar untuk menjual pemain mereka kerana tanda harga yang tinggi pada pemain yang kurang menyerlah ataupun tak kena dengan harga.

Misalnya Coutinho, di mana mereka meminta Bayaran membayar €90 juta untuk pemain itu jika mahukan Coutinho secara tetap. Bayern sebelum itu sudah membayar €40 juta untuk pinjaman semusim.

Seterusnya Ousmane Dembele pula diletakkan harga €100 juta kerana Barca tak mahu rugi daripada jumlah yang mereka bayar sebelum ini.

Kehadiran Xavi pula mengubah situasi Dembele. Di mana pengurus itu menyatakan bahawa beliau mahu Dembele terus kekal dan berkata pemain itu ada potensi menjadi pemain terbaik dunia untuk posisinya.

Ramai peminat tertanya tanya, adakah Xavi cuba membodek agar Dembele melanjutkan kontrak? Takut pemain itu pergi percuma?

Namun Xavi sudah menyatakan bahawa beliau akan cuba membantu pemain itu sedaya upaya.

Barcelona pastinya berharap Atletico tak buat hal dengan menarik diri daripada membeli Griezmann secara tetap. Kerana jika itu berlaku, mereka akan menanggung beban gaji yang tinggi sekali lagi.

Griezmann ketika ini dipinjamkan ke Atletico dengan opsyen beli tetap.

Jika anda Xavi, apakah yang anda akan lakukan dengan dana €10 juta?

Baca yang lain