TERKINI: Bayern Hampir Pasti Tewaskan Man United Dapatkan Kim Min Jae

Man United telah dikaitkan dengan Kim Min Jae sejak beberapa bulan lalu lagi. Pada jendela perpindahan kali ini Man United sedia untuk mendapatkan Kim Min Jae dengan yuran perpindahan sekitar €50 juta yang dianggap sangat munasabah oleh lembaga pengarah United.

Angka itu sebenarnya klausa pelepasan terkandung pada kontrak Kim Min Jae.

Namun harus diaktifkan pada 1-15 Julai ini. Kim Min Jae tidak melanjutkan kontraknya di Napoli membuatkan kelab itu memutuskan untuk menjualnya pada jendela perpindahan kali ini.

Kim Min Jae akan dikenang sebagai legenda Napoli walaupun beraksi sekejap dengan pasukan itu. Ini kerana dia menjadi kereta kebal Napoli di pertahanan dalam musim yang menyaksikan Napoli bergelar juara Serie A.

Kim Min Jae mulai dianggap sebagai salah seorang bek tengah terbaik di dunia pada masa ini.

Kim Min Jae yang berada di Korea Selatan untuk menjalani latihan ketenteraan dengan syarat khas selama 2 minggu sahaja. Ianya diberikan kepada Kim Min Jae kerana membantu Korea Selatan menjadi pemenang pingat emas bola sepak Sukan Asia.

Ketika Man United berkira kira untuk mendapatkan Kim Min Jae, tiba tiba Bayern masuk ke dalam persaingan dan terus menekan gear tinggi.

Thomas Tuchel berpeluang mendapatkan pemain pertamanya di Bayern iaitu Kim Min Jae.

Fabrizio Romano menegaskan, Man United benar benar perlahan dalam proses mendapatkan Kim Min Jae.

Dan akhirnya pemain itu berbincang dengan Bayern selepas kelab itu membentangkan projek mereka kepada pemain itu.

Kim Min Jae akhirnya memutuskan untuk menyertai Bayern Munich. Rundingan antara Bayern dan Kim Min Jae benar benar positif dan hampir pasti memuktamadkan kontrak sehingga 2028.

Bayern juga mengesahkan bahawa pemain itu sedia membayar klausa pelepasan pada kontraknya kepada Napoli.

Yang bermaksud Kim akan mengaktifkan klausa pelepasan itu dengan Bayern Munich akan mebiayai dana tersebut.

Man United langsung tidak melakukan sebarang bidaan terbaru untuk pemain itu, menurut Fabrizio Romano.

Bild turut mengesahkan perkara itu. Di mana sebelum ini Kim Min Jae awalnya memilih untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United.

Namun kehadiran Bayern membuatkan pemain itu berubah hati dan akhirnya berminat untuk ke Bayern. Namun buat masa ini masih belum dimuktamadkan secara rasmi.

Bayern masih berunding terma peribadi dengan pemain itu dengan tawaran gaji dilaporkan sekitar €10 juta semusim.

Jika Kim Min Jae terlepas ke Bayern Munich, bermakna Erik Ten Hag terlepas satu lagi sasaranya pada kali ini. Sebelum ini dia terlepas Harry Kane selepas pengurusan tertinggi kelab berputus asa untuk mendapatkan pemain  itu.

Baca yang lain