TERKINI: Chelsea Semakin Hampir Melantik Frank Lampard Sebagai Pengurus Interim

Dalam satu laporan yang sensasi, Chelsea dilaporkan sedia melantik semula bekas pengurus mereka, yang merupakan legenda kelab, Frank Lampard sebagai pengurus interim.

Chelsea berminat mendapatkan khidmat Lampard untuk menguruskan pasukan Chelsea sehingga tamat musim ini.

Lampard sebelum ini pernah mengendalikan Chelsea, sebelum dipecat dan digantikan dengan Thomas Tuchel pada Januari 2021.

Ini selepas Lampard berbelanja sakan dalam jendela perpindahan, namun gagal menunjukkan aksi meyakinkan.

Di mana pada musim yang sama Tuchel menamatkan musim dengan membantu Chelsea menjadi juara UCL.

Jika sebelum ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa, Chelsea mahu segera melantik pengurus tetap, kini David Ornstein pula tampil dengan laporan bahawa kelab itu sedia melantik pengurus interim.

Malah laporan yang sama menyebut bahawa proses perlantikan Lampard sebagai interim adalah semakin hampir.

Chelsea sedar bahawa bukannya mudah untuk meyakinkan pengurus baharu mengambil alih projek di pertengahan jalan.

Kelab akan terus berusaha mencari pengganti Potter secara tetap. Dengan nama seperti Luis Enrique dan Julian Nagelsmann dikaitkan dengan Chelsea.

Dua pengurus tersebut malah dilaporkan sedang berunding dengan Chelsea.

Selain dua nama tersebut, nama bekas pengurus Spurs, Mauricio Pochettino turut dikaitkan dengan kelab yang berpangkalan di London itu.

Chelsea pada ketika ini dikendalikan Bruno Saltor sebagai interim. Chelsea mahukan interim yang lebih baik. Dan Lampard dianggap calon terbaik.

Bruno Saltor merupakan pembantu kepada Graham Potter sebelum ini. Dia dikatakan kurang selesa bekerja di Chelsea sebagai interim.

The Guardian melaporkan bahawa Lampard dijangka akan berada di kerusi pengurus di tepi padang untuk aksi berdepan Wolves pada Sabtu.

Lampard menghadiri aksi Chelsea menentang Liverpool. Dia sedang tidak berjawatan selepas dipecat Everton pada Januari lalu.

Lampard pernah mengendalikan Chelsea namun hanya untuk 18 bulan sahaja.

Baca yang lain