TERKINI: Chelsea Setuju Bayar £115 Juta Beli Enzo Fernandez – Rekod Baru Perpindahan Inggeris

Chelsea yang sudah berbelanja sangat besar dalam 2 jendela perpindahan musim ini, telah menambah seorang lagi pemain dengan nilai perpindahan yang sangat tinggi iaitu Enzo Fernandez.

Kelab yang berpangkalan di Stamford Bridge itu membayar £115 juta untuk Fernandez. Yang merupakan rekod perpindahan baharu dalam bola sepan Inggeris.

Benfica sebelum ini sudah menyatakan bahawa hanyat harga €120 juta / sekitar £115 juta sahaja yang membolehkan pemain itu pergi. Kerana itu adalah angka pada klausa pelepasan pemain itu.

Enzo Fernandez menjadi buruan banyak kelab besar. Dan Chelsea merupakan kelab yang sentiasa berada dalam kedudukan di hadapan pesaing lain.

Mereka sudah mula menghubungi Benfica sejak Enzo Fernandez menunjukkan aksi cemerlang dalam Piala Dunia 2022 lagi.

Dia malah berjaya membawa pulang Anugerah Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2022 selepas cemerlang membantu negaranya Argentina menjadi juara Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Pemain itu malah dituduh sengaja cari pasal dengan balik ke Argentina tanpa kebenaran kelab sebelum ini untuk meraikan Tahun Baru.

Pengurus Benfica, Roger Schmidt dengan terang terangan menuduh Chelsea punca pemain itu mulai ada masalah disiplin seperti itu.

Enzo yang kembali semula ke kelab terus menunjukkan dedikasinya ke atas pasukan tersebut.

Membuatkan peminat Benfica merasakan bahawa pemain itu sudah kembali fokus ke atas kelab itu.

Todd Boehly kemudian mengumumkan bahawa mereka akan berusaha membuat ‘serangan’ terakhir ke atas Benfica untuk mendapatkan Enzo Fernandez.

Chelsea malah menawarkan Benfica wang dan mana mana pemain yang kelab itu mahukan.

Koresponden Graeme Bailey melaporkan bahawa Chelsea setuju untuk membayar £115 juta yang ditetapkan Benfica untuk pemain itu.

Dengan cara bayaran adalah menerusi kaedah ansuran..

Chelsea tidak akan terhenti pada Fernandez sahaja. Kerana mereka turut mahukan Moises Caicedo sebagai seorang lagi pemain tengah.

Terutama sekali selepas mereka melepaskan Jorginho ke kelab seteru London mereka Arsenal.

Chelsea pada masa yang sama dalam proses menjual Hakim Ziyech dan juga Conor Gallagher pada jendela perpindahan kali ini.

Apa yang pasti Chelsea adalah raja dalam jendela perpindahan kali ini dan juga pada musim 2022/23.

Baca yang lain