TERKINI: David De Gea Sedia Sertai Newcastle

Sebelum ini David De Gea keberatan untuk menyertai seteru Man United dalam persaingan EPL. Tetapi kini setelah sekian lama tidak ada kelab pemain itu sedia kembali ke EPL menyertai Newcastle.

Newcastle berdepan krisis penjaga gol selepas Nick Pope cedera dalam aksi menentang Man United baru baru ini.

Eddie Howe tidak menolak kemungkinan mahu mendapatkan De Gea. Pemain yang dia pernah gelar penjaga gol berkelas dunia ketika Howe bersama Bournemouth dahulu.

Kini Howe berpeluang bekerjasama dengan David De Gea yang boleh ditandatangani secara percuma.

De Gea sebelum ini dikaitkan dengan banyak kelab termasuk Bayern Munich serta kelab Arab Saudi.

Dia turut dikaitkan dengan kelab di Amerika Syarikat. Tetapi De Gea lebih mengutamakan aksi di Eropah. Pemain itu tamat kontrak dengan Man United musim lalu.

Walaupun memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik EPL musim lalu, De Gea gagal meyakinkan Ten Hag bahawa dia penjaga gol yang tepat untuk projek jangka masa panjang kelab itu atas faktor taktikal.

Man United akhirnya mendapatkan Andre Onana. Dengan ramai peminat kurang senang dengan cara kelab melayan De Gea. Mereka mengharapkan kelab lebih baik mengendalikan situasi legenda itu. Misalnya memberitahu De Gea lebih awal bahawa kelab tidak akan melanjutkan kontraknya.

Ini membolehkan dia diberikan majlis perpisahan di Old Trafford dengan lebih baik.

Kini pemain itu sedia untuk menerima tawaran Newcastle. Dia perlu menunggu sama ada Eddie Howe benar benar sedia mendapatkannya. Kerana Eddie Howe masih mengutamakan penjaga gol kedua untuk ditandatangani. Ia juga bergantung kepada situasi Nick Pope, adakah dia benar benar perlu berehat jangka panjang.

Newcastle mungkin juga akan cuba mendengar permintaan De Gea. Sama ada penjaga gol itu sedia mahu menjadi penjaga gol kedua atau menerima gaji yang jauh lebih rendah?

De Gea sebelum ini memuat naik status Twitter yang agak penuh teka teki ketika Man United kalah di tangan Newcastle.

Dia masih dalam keadaan yang sangat bagus dari segi fizikal. Masih melakukan latihan intensif secara persendirian.

Baca yang lain