TERKINI: Ecuador Akan Disingkirkan Dari Piala Dunia, Itali Kini Benar Benar Ada Peluang Mara Selain Chile

Ecuador dilaporkan akan disingkirkan daripada Piala Dunia kerana dakwaan mereka menurunkan pemain yang tidak sah diturunkan dalam kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

FA Ecuador sedang disiasat oleh FIFA atas dakwaan bahawa pemain pertahanan Byron Castillo memalsukan dokumen kelahirannya dan sebenarnya dia merupakan warga Colombia.

Chile mendakwa mempunyai bukti bahawa Castillo dilahirkan di Tumaco, Colombia pada tahun 1995, dan bukan di bandar General Villamil Playas di Ecuador pada tahun 1998 seperti yang dinyatakan dalam dokumennya.

Jika ini benar benar berlaku maka peminat Itali benar benar boleh bermimpi akan melihat pasukan mereka ke Piala Dunia.

Beberapa bulan lalu para peminat Itali meminta FIGC menuntut slot Piala Dunia Ecuador, jika pasukan itu disingkirkan daripada Piala Dunia.

Bekas anggota Kesatuan Olimpik Itali (CONI), Franco Chimenti berkata, pasukan kebangsaan Itali memang masih ada harapan untuk bermain di Piala Dunia 2022 di Qatar pada November.

Ini sekaligus menepis dakwaan Football Italia sebelum ini bahawa hal seperti itu sama sekali tidak akan terjadi.

Chimenti menegaskan: “Nampaknya Ecuador telah menggunakan pemain yang tidak dibenarkan berada di atas padang dan dia boleh membawa kepada penyingkiran. Jika terbukti salah, negara lain mesti menggantikan mereka dan peraturan FIFA menyatakan negara tertinggi dalam ranking FIFA harus dimasukkan.”

“Jadi dalam syarat itu, kedudukan itu ketika ini ialah Itali,” katanya yang merujuk kepada Itali sebagai negara di ranking tertinggi dari kalangan negara yang gagal mara.

Chimenti Bidas Pihak Remehkan Peluang Itali Ke Piala Dunia: “Harapan Itali Memang Solid”

Selain itu, Chile adalah pasukan yang paling lantang menuntut slot tersebut kerana mereka daripada konfederasi yang sama dengan pasukan Ecuador.

Laporan terbaru dari Mundo Deportivo, yang dilaporkan oleh Daily Mail, mendakwa FIFA bersedia untuk mengusir Ecuador selepas menamatkan siasatannya, dengan pengumuman rasmi akan dibuat dalam beberapa hari.

Ecuador menempah tempat mereka ke Piala Dunia di Qatar selepas menduduki tempat keempat dalam kelayakan Amerika Selatan.

Chile, gagal layak selepas menduduki tempat ketujuh dalam pusingan kelayakan – dua tempat di belakang pasukan tempat kelima – Peru yang berada di tempat play-off antara benua, dengan Colombia juga terlepas kejohanan itu selepas menduduki tempat keenam.

Jadi, berdasarkan ranking tersebut, Colombia juga berhak menuntut untuk mara ke Piala Dunia dengan mengambil kira bahawa mereka berada di kedudukan lebih baik berbanding Chile dalam kedudukan liga kelayakan.

Namun Chile menuntut bahawa, dalam 2 aksi di antara Chile dan Colombia, mereka telah kehilangan  6 mata kerana adanya Castillo di dalam pasukan. Oleh sebab itu mereka menuntut semula 6 mata itu. Ia akan membolehkan mereka berada di atas Colombia. Malah Peru sekalipun, dan layak secara automatik ke Piala Dunia.

Selain Colombia dan Chile, laporan itu mendakwa Itali juga mempunyai harapan untuk layak ke Piala Dunia jika FIFA memutuskan untuk membuang Ecuador.

Itali gagal layak ke kejohanan itu selepas tewas kepada Macedonia Utara dalam play-off pada Mac.

FIFA boleh memilih berdasarkan ranking

Bagaimanapun, juara Eropah itu boleh diberikan tempat ke kejohanan itu jika FIFA menganugerahkan tempat Ecuador kepada pasukan yang mempunyai ranking tertinggi dunia dari kalangan negara yang gagal melayakkan diri.

Itali kini berada di tempat keenam dalam ranking FIFA, dengan Colombia ke-17 dan Chile ke-28.

Jadi, dalam keadaan ini, Chile malah di belakang Colombia dalam ranking dunia.

Chile meminta Ecuador dibuang terus, tiada maaf

Eduardo Carlezzo, seorang peguam yang mewakili Chile, telah meminta FIFA untuk mengenakan “sekatan paling keras” ke atas Ecuador.

“Bola sepak Chile sangat jelas dalam hal ini berpendapat bahawa kesalahan serius telah dilakukan oleh pemain (Byron Castillo),” kata Carlezzo kepada radio ADN.

“Kami tidak ragu-ragu, dengan dokumentasi yang kami ada di tangan, bahawa dia adalah warga Colombia. Kami mempunyai naratif yang menujukkan kisah permulaan, pertengahan dan penghujung.”

“Saya pasti FIFA mempunyai pengetahuan dan keperluan untuk mempercepatkan perkara ini dengan pantas. Untuk minggu ini kami menjangkakan satu demonstrasi.

“Pendaftaran Awam Ecuador mengisytiharkan dalam keputusan undang-undang, yang kami ada dan kami hantar kepada FIFA, bahawa sijil pelepasan Castillo tidak wujud; dan, jika ia tidak wujud, ia adalah palsu.”

“Kami tidak boleh menerima bahawa persekutuan yang menerima dan mengesahkan jenayah. Mereka berhak menerima sekatan paling keras daripada FIFA.”

Peraturan FIFA menyatakan bahawa pasukan Ecuador harus dikira kalah 3-0 dalam perlawanan yang mereka menurunkan pemain yang tidak sah.

Dalam kelayakan ke Piala Dunia 2018 di Rusia, Bolivia dikira kalah dua perlawanan selepas menurunkan pemain kelahiran Paraguay, Nelson Cabrera.

Oleh sebab itu Chile meminta FIFA mengenakan tindakan yang sama ke atas Ecuador.

Baca yang lain