TERKINI: Kesemua Akaun Bank Chelsea Dibekukan, Kos Gaji £28 Juta Sebulan, Dalam Akaun Cuma Ada £16 Juta

Selepas jatuh ditimpa tangga. Chelsea yang sebelum ini dibekukan oleh kerajaan UK telah berdepan dengan banyak sekali rintangan.

Bermula daripada larangan penjualan barangan sehinggalah ke larangan jual beli pemain. Kini akaun bank mereka pula dibekukan oleh Barclays.

Barclays mengambil tindakan tersebut selepas kerajaan mengenakan sekatan ke atas Roman Abramovich. Abramovich merupakan salah seorang individu yang dituduh menyokong perjuangan Vladimir Putin dan mengamalkan korupsi.

Akibat sekatan tersebut Roman Abramovich tidak dapat menjual kelab tersebut seperti dirancangnya. Sebaliknya kini dia hanya boleh menjual kelab dengan syarat kesemua wang hasil penjualan kelab tidak akan pergi ke akaunnya.

Kerajaan memberikan Chelsea lesen khas untuk beroperasi sebagai kelab bola sepak. Pengecualian itu diberikan kerana mengambil kira kebajikan pemain, staf dan juga jurulatih.

Lesen tersebut juga diberikan untuk membolehkan Roman Abramovich menjual kelab tersebut dengan syarat dia tak berhak mengambil walau sesen pun daripada hasil jualan.

Penaja jersi mereka, Three sudah mengumumkan bahawa mereka menggantung tajaannya yang bernilai £40 juta semusim.

Kemudian Nike dan Hyundai pula sudah menyatakan mereka sedangn menilai tindakan yang akan mereka ambil berkaitan dengan kerjasama dengan Chelsea sebagai solidariti kepada Ukraine.

Tekanan daripada kerajaan UK sangat kuat ke atas Chelsea. Terbaru, akaun bank Chelsea dibekukan buat sementara. Ianya sebahagian daripada proses Barclays mahu menilai lesen kelab Chelsea ketika ini.

Pembekuan akaun itu membuatkan Chelsea kini perlu beroperasi dengan kos yang sangat rendah. Antara langkah diambil mereka adalah mengurangkan kos perjalanan dengan mendiami hotel yang lebih murah.

Koresponden Kaveh Solhekol menyatakan bahawa Barclays memerlukan masa untuk meneliti lesen operasi sementara yang diberikan kepada Chelsea untuk membolehkan kelab itu terus beroperasi atas alasan bola sepak.

Chelsea berharap bahawa pembekuan sementara akaun mereka ini tidak akan mengambil masa yang lama.

Barclays menyisat akaun bank atas nama Chelsea yang dimiliki oleh Roman Abramovich yang dikenakan sekatan oleh kerajaan UK.

Di mana Barclays mahu mengelakkan mereka berurusan dengan mana mana akaun yang berkaitan dengan Roman Abramovich.

Seterusnya Barclays mahukan kepastian sama ada Chelsea benar benar akan menggunakan wang tersebut seperti yang dibenarkan kerajaan tentang di mana mereka boleh berbelanja – jika Barclays memberikan askses kepada Chelsea untuk menggunakan wang tersebut.

Seterusnya Matt Lowton dari The Times melaporkan bahawa, beberapa akaun Chelsea sudah pun dibekukan dan beberapa kad kredit yang digunakan oleh staf Chelsea tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Jika akaun itu terus dibekukan lebih lama, Chelsea akan berdepan dengan masalah lain. Di mana ketika ini kos gaji pemain sahaja adalah £28 juta sebulan.

Dan ketika ini di dalam akaun mereka cuma ada £16 juta. Itupun sudah dibekukan sementara oleh Barclays.

Nampaknya peminat peminat Chelsea perlu menguatkan semangat mereka buat masa ini. Kerana ternyata kelab mereka sedang dalam masalah besar dengan kerajaan UK.

Bagaimana isu mulai panas

Isu tentang status Abramovich di UK mulai panas ketika Ahli Parlimen dari Parti Buruh Britain menggesa agar Roman Abramovich dilucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea dan dilarang untuk berada di England secara tetap.

Roman Abramovich merupakan rakyat Rusia yang menukar kewarganegaraannya kepada Israel beberapa tahun lalu. Ini kerana dasar kerajaan UK yang sangat ketat kepada rakyat Rusia yang mahu menetap di negara mereka.

Dalam sesi pembentangan hujahnya di Parlimen, MP Chris Bryant menunjukkan dokumen bocor tentang penglibatan Roman Abramovich secara langsung menjadi penyokong kuat Putin bersama sama dengan 35 lagi taikun perniagaan Rusia.

Dokumen itu dibocorkan oleh ketua pembangkang Rusia iaitu Alexei Navalny yang menganggap mereka sebagai puak kleptokrasi dan penyokong kuat Vladimir Putin.

Chris Bryant menyatakan bahawa, dokumen dokumen yang ada seharusnya membuatkan Parlimen tidak berlengah lagi untuk terus melarang Abramovich berada di negara tersebut termasuk melucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea.

Bryant mempersoalkan, kenapa tiada tindakan diambil ke atas Roman Abramovich walaupun dokumen itu sudah beredar sejak 2019 lagi.

Bryant yang merupakan ahli Parlimen Rhonda dan bekas Menteri, berkata: “Saya ada memegang dokumen yang tertiris dari 2019 dari Pejabat Kementerian Dalam Negeri yang berkaitan dengan Encik Abramovich – Dia adalah sebahagian daripada unit HMG milik Rusia yang menyusun strategi mensasarkan kegiatan kewangan terlarang dan aktiviti jahat. Abramovich kekal berminat dengan HMG kerana hubungannya dengan negara Rusia dan kaitannya dengan pertubuhan awam yang korup.”

“Sebagai contoh, ini adalah Abramovich mengakui di prosiding mahkamah bahawa dia membayar untuk pengaruh politik.”

“Selain itu, HMG memfokuskan kepada untuk memastikan individu yang tersabit dengan aktiviti wang kotor dan aktiviti jahat yang tida boleh tinggal di UK, akan menggunakan beberapa kaedah relevan termasuk kuasa imigresen untuk mengatasi perkara ini.”

“Ini hampir 3 tahun yang lalu, dan masih lagi, sangat sedikit tindakan yang kita ambil berkaitan perkara ini.”

“Sudah tentu Mr Abramovich, sepatutnya dia tidak boleh memiliki kelab bola sepak di negara ini lag. Pastinya kita harus menyita beberapa asetnya termasuk rumah bernilai £152 juta, dan memastikan orang yang memegang visa Tier 1 seperti ini tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jahat.”

Serangan Rusia ke atas Ukraine membuatkan Abramovich terus disiasat dan dikaitkan dengan Putin. Dan dia dikenakan sekatan seperti mana oligarki Rusia lain di UK.

Baca yang lain