TERKINI: KKM Sahkan 5 Kematian Hari Ini, 8 Setakat Ini Kerana Covid-19 Setakat Ini

Covid-19 meragut nyawa lagi. Dan hari ini mencatatkan 5 lagi kematian.

Ianya angka tertinggi dicatatkan oleh Malaysia dalam masa sehari untuk kematian kerana Covid-19.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa hingga kini, terdapat pertambahan empat lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM).”

“Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan lapan sehingga kini.”

Dalam sidang khas sebelum ini, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kematian akibat wabak itu di Malaysia adalah empat kes.

Ini susulan satu kematian jam 1.30 pagi tadi membabitkan kes ke-238 yang juga kluster jemaah tabligh.

Hebahan maklumat tersebut dibuat menerusi media sosial KKM Putrajaya.

“Dukacitanya, sudah ada empat kematian daripada 238 kes. Seorang warga emas – warga tempatan – berusia 50, yang menjadi sebahagian daripada jemaah tabligh telah meninggal dunia.”

“Pesakit dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac. Dan disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi har ini [Sabtu – 21 Mac 2020].”

Ini merupakan berita yang sangat menyedihkan buat rakyat Malaysia. Kita kehilangan satu lagi nyawa kerana Covid-19.

Selain itu, KKM turut mengemaskini perkembangan semasa di mana sehingga 4.09 petang tadi terdapat 37 kes positif covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dan 23 daripadanya memerlukan ventilasi.

Ketika ini terdapat 153 kes positif baharu direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,183 kes di negara kita buat masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa tersebut disahkan meninggal dunia jam 1.30 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Beliau mengesahkan pesakit ke-238 adalah daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Mangsa dimasukkan ke hospital pada 12 Mac selepas mengalami komplikasi pernafasan kerana jangkitan / Severe Acute Respiratory Infection.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata: “Mangsa diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di ICU. ”

“Kesihatannya merosot dan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.”

Beliau juga mengesahkan bahawa sebanyak 90 daripada kes baharu pada hari ini adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh.

Selain itu, KKM turut mengesahkan 19 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lima petugas daripada fasiliti kesihatan swasta disahkan dijangkiti Covid-19.

Kes kematian kelima sehingga kelapan

Berhubung kes kematian kelima hingga kelapan, Dr Noor Hisham memaklumkan, ia membabitkan warga Malaysia.

Dua daripadanya adalah di Sarawak. Di mana kedua duanya ada pertalian ibu dan anak.

Manakala satu lagi kematian dicatatkan di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kelantan.

Untuk kes kelima, ia adalah melibatkan wanita berusia 79 tahun yang dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac lalu.

Ini selepas pesakit demam dan batuk selama lima hari. Namun pesakit dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac.

“Wanita isu disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuannya.”

“Kes kematian keenam membabitkan anak perempuan kes kematian kelima. Beliau yang berusia 40 tahun dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac.”

“Dan disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot.”

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari, hari ini,” tegas Dr Noor Hisham lagi.

Dr Noor Hisham kemudian menegaskan bahawa kes kematian ketujuh membabitkan seorang lelaki berusia 57 tahun.

Di mana dia mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.

Lelaki itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac lalu akibat demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu, namun kesihatannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang hari ini.

Untuk kes kematian kelapan pula adalah seorang lelaki berusia 69 tahun, juga daripada kluster tabligh dan dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac lalu.

Ini susulan dia mengalami demam sejak 12 Mac.

“Beliau dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya.”

“Beliau disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 4.00 petang. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

Takziah diucapkan kepada kesemua keluarga mangsa.

Sumber / rujukan: KKM / BH Online

Baca yang lain