TERKINI: Kylian Mbappe Negatif Koronavirus

Bintang Paris St Germain (PSG) iaitu Kylian Mbappe dilaporkan menjalani pemeriksaan khas kerana disyaki ada koronavirus.

Koronavirus setakat ini terus menular dari China ke seluruh dunia dan merebak ke beberapa lagi negara di Eropah.

Serie A terpaksa ditangguhkan seketika kerana kerisauan ke atas wabak koronavirus di Itali.

Dalam aksi Liga Juara Juara Eropah semalam, aksi di antara Valencia dan juga Atalanta di Mestalla dilangsungkan dalam stadium kosong.

Bagaimana Valencia Tetap Ada ‘Seorang Penyokong’ Walaupun Diarah Bermain Stadium Kosong

Oleh kerana Kylian Mbappe disyaki ada koronavirus, ianya telah membuatkan beliau terpaksa terlepas dua sesi latihan pasukannya.

Kylian Mbappe tidak ada dalam sesi latihan untuk berhadapan dengan Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.

Pada awalnya beliau dilaporkan sakit di bahagian kerongkongnya.

Namun, tidak lama selepas itu, pada malam Rabu, L’Équipe melaporkan pemain berusia 21 tahun itu diminta untuk menghadiri sesi ujian untuk memastikan sama ada beliau ada koronavirus ataupun tidak.

L’Equipe juga melaporkan bahawa, Kylian Mbappe berjaya melepasi ujian pertama. Di mana dalam elemen pertama pada ujian tersebut menunjukkan beliau negatif dariapda Covid-19.

Berita ini pastinya menggembirakan penyokong PSG dan juga peminat bola sepak di dunia.

Namun beliau masih lagi berada dalam pemantauan oleh petugas perubatan.

 

Kylian Mbappe setakat ini menjadi pemain berprofil tinggi pertama di lima liga utama Eropah yang disyaki ada koronavirus.

PSG akan berhadapan dengan Borussia Dortmund pada aksi kedua peringkat 16 pasukan akhir Liga Juara Juara Eropah.

Perlawanan pertama menyaksikan Borussia Dortmund menang 2-1. Erling Braut Haaland menjadi wira pasukannya dalam aksi pertama.

Ketiadaan Kylian Mbappe pastinya amat dirasai oleh PSG dalam usaha mereka mahu menjulang UCL yang pertama di dalam sejarah pasukan.

Laporan di Perancis menyatakan adalah mustahil untuk Kylian Mbappe terlibat dalam perlawanan kali ini selepas diarahkan menjalani pemeriksaan Koronavirus walaupun beliau baru disahkan negatif.

Baca yang lain