TERKINI: Man United Mulakan Langkah Bawa Pulang Cristiano Ronaldo

Masa depan Cristiano Ronaldo di Juventus mungkin sudah menuju ke penghujungnya. Ini apabila kelab tersebut dikatakan mahu mengeluarkan Ronaldo daripada pasukan kerana gajinya yang terlalu tinggi.

Juventus, sama dengan kelab lain, berdepan dengan impak ekonomi yang teruk pada ketika ini. Dan Ronaldo dibayar gaji terlalu tinggi di Turin.

Penyerang Portugal tersebut juga dilaporkan mempertimbangkan untuk keluar dan kembali ke Manchester United sekiranya dia tidak diperlukan lagi di Juventus.

Menurut wartawan ESPN, Christian Martin, Man United telah memulakan rundingan untuk membawa Ronaldo pulang pada musim akan datang.

Martin mendakwa bahawa Ronaldo akan meneliti cadangan United. Juventus terbuka untuk melepaskan pemain antarabangsa Portugal itu jika dia meminta untuk berpindah.

Cristiano Ronaldo menghabiskan masa enam tahun di Manchester United setelah berpindah dari Sporting Lisbon pada usia 18 tahun pada tahun 2003.

Di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson pada masa itu, Ronaldo berkembang menjadi salah satu pemain terhebat di dunia.

Sumbangan Ronaldo kepada Man United sangat luar biasa. Beliau membantu United memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada tahun 2008, Ronaldo juga menjadi pemain Red Devils pertama yang memenangi Ballon d’Or sejak George Best pada tahun 1968.

Namun, pada tahun 2009 Manchester United dengan berat hati terpaksa melepaskan Ronaldo ke Madrid dengan harga GBP80 juta. Alex Ferguson menganggap ianya adalah penjualan pemain yang paling sukar di dalam kariernya.

Ini kerana Ronaldo sendiri meminta dijual ke Madrid kerana itu adalah kelab impiannya sejak kecil lagi.

Penyerang legenda Portugal itu meneruskan kecemerlangannya dan memenangi banyak gelaran di sana termasuk perseteruan elit dengan Lionel Messi.

Beliau menambah 4 lagi koleksi Ballon d’Or selepas itu dan tidak menunjukkan ada tanda tanda beliau sudah tidak mampu bersaing di peringkat tertinggi.

United berusaha mendapatkan Ronaldo dari Madrid sebelum dia bersara pada tahun 2013. Namun, Real Madrid menolak tawaran daripada Manchester United.

Namun United harus sedar persaingan mereka untuk mendapatkan Ronaldo pastinya sengit. Terbaru, PSG juga dengan terbuka menyatakan mereka juga berminat dengan pemain seperti Ronaldo.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali