TERKINI: Manchester United Sedia Lepaskan Ronaldo Percuma Januari Akan Datang

Manchester United sedang mempertimbangkan untuk melepaskan Cristiano Ronaldo secara percuma dengan menamatkan kontraknya pada Januari jika tiada kelab yang mahu membeli pemain itu.

Masa depan Ronaldo terus menjadi subjek perbincangan. Ini selepas Ronaldo beredar masuk ke dalam terowong ketika United menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur – ketika perlawanan masih berlangsung.

The Red Devils telah mengumumkan bahawa superstar Portugal itu tidak akan bermain dalam pertembungan mereka dengan Chelsea pada 22 Oktober. Kelab telah memutuskan untuk menggantung pemain itu.

Ronaldo turut menyesali perbuatannya kali ini dan menganggap kadangkala dia gagal untuk menunjukkan tauladan yang baik kepada pemain pemain muda.

Namun dia tetap bertekad untuk kekal profesional seperti biasa selepas ini.

Erik Ten Hag pernah mengenakan tindakan ke atas Ronaldo selepas pemain itu keluar awal dalam aksi pra musim. Dia melabel tindakan Ronaldo sebagai tidak boleh diterima.

Kini Ten Hag sekali lagi bertindak menghukum pemain itu.

Cristiano Ronaldo pernah mendesak untuk berpindah pada musim panas berikutan kegagalan kelab itu untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Manchester United berpegang teguh pada pendirian mereka untuk mengekalkan pemain itu ditambah dengan hakikat bahawa tiada kelab yang sanggup membeli pemain itu dengan harga tinggi dan gaji yang sangat besar.

Ronaldo ketika itu tidak mahu terlibat dalam aksi pra musim atas alasan urusan keluarga. Ejen Ronaldo, Jorge Mendes cuba mencari kelab baharu untuk pemain itu,

Malah kelab seperti Bayern mengesahkan bahawa Mendes menawarkan pemain itu kepada mereka. Namun Julian Nagelsmann tidak berminat untuk mendapatkan Ronaldo kerana gaji pemain itu terlalu tinggi,

Kelab yang akan ditentang United hujung minggu ini, Chelsea juga dilaporkan menjadi antara calon pembeli Ronaldo. Malangnya langkah itu gagal direalisasikan.

Ketika dia kembali, Ten Hag menyatakan bahawa Ronaldo sedang ketinggalan di belakang pemain pemain lain dari segi kecergasan.

Pengurus asal Belanda  tetap menganggap Ronaldo sebagai pemain penting di dalam projeknya. Tetapi situasi itu tidak kelihatan seperti itu ketika ini.

Ronaldo malah bengang kerana terus gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama walaupun dia merupakan penjaring terbanyak kelab pada musim lalu.

Ronaldo telah membuat 12 penampilan musim ini merentasi pertandingan, menjaringkan dua gol, tetapi enam daripada penampilan itu datang dari bangku simpanan.

Kontraknya bersama United masih ada sehingga musim panas akan datang, walaupun terdapat pilihan lanjutan setahun yang nampaknya tidak mungkin diambil oleh pemain itu dalam situasi yang ada sekarang ini.

Manchester United menerusi lembaga pengarahnya sudah menyatakan sokongan kepada Ten Hag untuk menguruskan Ronaldo.

Pengurus itu sedia melepaskan Ronaldo secara percuma pada Januari jika ada kelab yang mahukan pemain itu.

Dengan pertimbangan, kelab baharu Ronaldo terpaksalah membayar gaji tinggi pemain itu.

Pada ketika ini, Manchester United United menduduki tangga kelima liga dengan 19 mata, mengekori Chelsea dengan satu mata dengan kedua-dua pasukan itu akan bertarung di Stamford Bridge Sabtu ini.

Ini adalah perlawanan yang Ronaldo tidak akan tersedia kerana telah dikenakan tindakan oleh kelabnya.

Baca yang lain