TERKINI: Mbappe Ancam Mahu Tinggalkan PSG Januari Ini Kerana Tak Gembira Dengan Beberapa Perkara

Kylian Mbappe dilaporkan kurang gembira dengan beberapa perkara di PSG.

Sebelum ini Mbappe dengan terbuka mengkritik taktikal Christophe Galtier. Menurut Mbappe, dia lebih gemar dengan sistem permainan di Perancis berbanding dengan PSG.

Di Perancis dia bermain lebih bebas dengan adanya target man di hadapannya.

Di PSG, peranannya lebih terhad dan terkongkong dalam sistem attacking 3 bergandingan dengan Messi dan Neymar.

Baru baru ini, selepas PSG seri dengan Reims, Mbappe turut menyindir Galtier sekali lagi dengan menulis pivot gang pada post di Instagramnya, yang kemudian dipadamkannya.

Mbappe membandingkan peranannya ketika di Perancis, di mana dia ada Olivier Giroud dan Benzema sebagai target man.

Galtier pernah menjawab kritikan terbuka Mbappe. Di mana Galtier menyatakan dia menerima secara terbuka pandangan dan analisis Mbappe.

Galtier malah berkata bahawa mereka masih berusaha mendapatkan pemain yang sesuai dengan Mbappe pada profile seperti Giroud. Namun mereka masih gagal mendapatkannya ketika ini.

Terbaru Mbappe mempertimbangkan untuk meninggalkan PSG pada Januari ini.

Mbappe tidak gembira dengan beberapa perkara di PSG selain daripada taktikal. Dia pernah bertelagah dengan Neymar dalam berebut sepakan penalti dan bergaduh di bilik persalinan sehingga memaksa Ramos datang meleraikan.

Mbappe dijanjikan peranan penting dalam pembentukan projek sukan di PSG. Peranannya malah setaraf dengan pemilik saham kelab. Dia berhak dalam bersuara menentukan jurulatih serta jual beli pemain.

PSG turut menamatkan projek sukan berteraskan Neymar dan menggantikannya dengan projek Mbappe. Mbappe menjadi teras kepada projek di PSG.

Mbappe sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid. Dan ini mungkin peluang terbaik Real Madrid mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu.

Real Madrid pernah menawarkan pra kontrak kepada Mbappe dan dipersetujui pemain itu. Namun kemudiannya, Mbappe membuat pusingan U dan memilih untuk terus kekal bersama PSG.

Berita Mbappe mahu pergi pada Januari ini pasti tidak disenangi peminat PSG dan juga Presiden Kelab, Nasser Al Khelaifi yang sangat sayangkan pemain itu. Kalau tidak, takkanlah dia sanggup menjadikan Mbappe lebih besar daripada kelab.

Baca yang lain