TERKINI: Penumpang Plusliner VDJ2367 (Larkin Ke Kuantan) Diminta Jalani Saringan COVID-19

Pejabat Kesihatan Kuantan telah mengesahkan bahawa ada seorang penumpang bas Plusliner dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan, penumpang tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru, namun dia tidak mengkuaranti dirinya.

Apa yang membuatkan keadaan menjadi buruk adalah, hasil ujian saringan penumpang tersebut adalah positif koronavirus. Dan dia kembali ke Kuantan menaiki bas.

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, pesakit terbabit menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan.

Terdapat percanggahan laporan tentang jadual dia menaiki bas. Laporan sebelum ini menyatakan 4 petang, namun laporan terbaru pula menyatakan penumpang tersebut menaiki bas pada 7.45 malam 16 Mac lalu.

https://twitter.com/hanymunchkin/status/1240507654037893120

Ini bermakna, dia menaiki bas itu, 2 hari sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Kesihatan Kuantan menggesa agar kesemua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Jadi kepada korang ataupun kenalan rapat korang yang ada menaiki bas tersebut sila pergi menjalani ujian saringan Covid-19 dengan segera.

Sumber: FMT

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan