TERKINI: Pochettino Sedia Tinggalkan PSG Kerana Ego Pemain

Laporan oleh koresponden Chris Wheeler menyatakan bahawa Mauricio Pochettino mempertimbangkan untuk menyertai Manchester United.

United menyenaraikan nama Pochettino sebagai calon pengurus baharu menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat. United kini dikendalikan sementara oleh Michael Carrick.

Manchester United sudah mengesahkan bahawa mereka akan cuba mendapatkan pengurus secara interim terlebih dahulu.

Pochettino dikatakan tidak begitu gembira berada di Paris. Di mana keluarganya masih berada di London, tinggal di hotel.

Sky Sports turut melaporkan bahawa Pochettino kini menjadi calon utama untuk mengendalikan Man United selepas melihat Zidane sebagai calon yang sukar untuk dibawa masuk.

Namun Pochettino dijangka hanya akan menyertai United pada musim hadapan dengan status jawatan pengurus sepenuh masa dan bukannya interim.

Selain itu Pochettino berdepan dengan kesukaran untuk mengawal sepenuhnya bilik persalinan PSG yang sarat dengan ego bintang bintang seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi.

Pochettino mendapati dia tidak mendapat kuasa penuh sebagai pengurus. Perkara ini pernah dibangkitkan Tuchel sebelum ini.

Thomas Tuchel membuat satu pengakuan berani kepada La Gazzetta dello Sport menyatakan bahawa dia lebih selesa mengendalikan Chelsea berbanding dengan skuad serba bintang PSG.

Ini kerana Chelsea memberikannya pengalaman menjadi pengurus bola sepak sebenar sekali lagi, seperti mana di Mainz dan Dortmund. Sebaliknya di PSG Tuchel mengibaratkan dia kadangkala perlu menjadi menteri sukan yang turut menguruskan hal ehwal pemain di luar padang seperti hal keluarga dan kawan kawan mereka.

Beliau berkata kepada Gazetta Dello Sport: “Ianya lebih mudah melatih Lukaku berbanding Neymar dan Mbappe.”

Sebelum ini, ketika di PSG, Tuchel pernah berhadapan dengan masalah yang dicetuskan oleh Mbappe dan Neymar.

Malah, pada satu ketika Tuchel pernah mendenda Mbappe kerana datang lewat ke pusat latihan dan menyisihkan pemain itu ke bangku simpanan.

Neymar pula, Tuchel pernah pening kepala ketika pemain itu merengek mahu ke Barcelona dan tak mahu pulang ke Paris. Ketika itu Neymar berada di Brazil dan tidak melapor diri seperti yang diminta oleh Tuchel untuk pra musim.

Sehinggakan media di Perancis menuduh Tuchel sebagai kecut dengan dua bintang tersebut dan membiarkan mereka melakukan apa sahaja mereka suka.

Berbanding di Stamford Bridge, para pemain Chelsea lebih profesional. Itu menurut Tuchel.

Tuchel membantu Chelsea menjuarai UCL dan Liga Super Eropah baru baru ini. Beliau menyatakan bahawa Chelsea dan PSG adalah dua kelab yang sangat jauh bezanya.

“Kedua dua kelab sangat berbeza dari segi gaya pengurusan dan struktur organisasi.”

“Di PSG saya seperti Menteri Sukan. Di mana saya juga harus menguruskan hal ehwal keluarga para pemain bintang ini termasuk kawan kawan mereka.”

“Di Chelsea, saya berkerja dengan lebih tenang.”

Pochettino kini mulai merasai tekanan yang sama. Misalnya baru baru ini, Messi dengan selamber menyahut panggilan kebangsaan negaranya walaupun kelab menyatakan bahawa pemain itu belum sepenuhnya cergas.

Seyerusnya kelab memberikan cuti kepada Mauro Icardi hanya kerana pemain itu bergaduh dengan isterinya di instagram. Sedangkan Pochettino mahukan pemain itu berada dalam lingkungan squad depth beliau.

Ini bukanlah pertama kali Pochettino dikaitkan dengan jawatan di Man United. Kerana pada 2018, beliau antara nama yang dikaitkan dengan kelab itu untuk menggantikan Jose Mourinho.

Lembaga pengarah dan pemilik Man United masih lagi mengagumi Pochettino.

Agak menarik kerana pengurus berusia 49 tahun itu akan berada di Manchester untuk aksi PSG berdepan City pada pertengahan minggu ini dalam saingan UCL.

Mungkin itu peluang untuk United mendekati pengurus itu dan cuba memujuknya ke Old Trafford. Buat masa ini, United masih belum menghubungi mana mana pengurus dari senarai calon mereka.

Brendan Rodgers, Zinedine Zidane dan Ralf Rangnick juga dalam senarai dikehendaki di Old Trafford.

Pochettino dianggap calon yang sangat baik kerana dia pernah mengendalikan kelab Inggeris sebelum ini.

Beliau mampu membawa Spurs ke final UCL pada musim dia tidak dapat berbelanja dan beberapa pemain mulai dilema dengan kontrak mereka.

Selain itu Pochettino dianggap jurulatih yang mampu menanamkan idea bola sepak yang jelas. Perkara yang United tidak dapat daripada Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini.