TERKINI: Ronaldo Arah Ejen Cari Kelab Baru, Dah Tawar Hati Bermain Di Arab Saudi

Dalam perkembangan terbaru menurut laporan El Nacional, Cristiano Ronaldo mengarahkan ejennya untuk mencari kelab baharu untuknya.

Dia kini dilaporkan kurang gembira bermain di Liga Pra Saudi.

Al Nassr melepaskan kedudukan teratas liga kepada Al Hilal dan tersingkir daripada Piala Saudi, disingkirkan Al Ittihad.

Al Nassr masih berjuang untuk memenangi Liga Saudi. Namun sejak beberapa minggu ini berlaku krisis di bilik persalinan.

Menyebabkan pengurus Rudi Garcia dipecat!

Ronaldo antara pemain yang tidak gembira dengan corak taktikal Garcia. Dan CR7 mahukan kelab itu mendapatkan nama besar seperti Zinedine Zidane dan Jose Mourinho.

Dan kini Ronaldo sudah memikirkan untuk keluar daripada Liga Saudi. Kerana dia mahu bermain di peringkat tertinggi.

Ianya hanya beberapa bulan sahaja Ronaldo bermain di sana.

Ronaldo sebelum ini menyatakan bahawa dia tidak pernah memikirkan untuk menamatkan kariernya di Arab Saudi. Kerana dia masih mahu bermain sehingga usia 40 tahun. Dan dia masih mahu bermain di UCL suatu hari nanti.

El Nacional melaporkan bahawa, Real Madrid sentiasa terbuka menerima kepulangan Ronaldo. Namun sebagai duta kelab.

Ianya mungkin bukan jawatan yang dimahukan Ronaldo.

Dia masih mahu bermain di peringkat tertinggi terutama sekali dia masih dalam perancangan pengurus baharu Portugal, Roberto Martinez untuk beraksi dalam EURO 2024.

Beberapa kelab sudah mengintai peluang mendapatkan Ronaldo. Termasuk kelab dari China dan juga Amerika Syarikat.

Terdapat juga teori bahawa ini peluang terbaik untuk Ronaldo kembali semula ke Sporting Lisbon. Kerana ibunya peminat tegar kelab itu dan Ronaldo sendiri pernah menyatakan ianya idea yang baik.

Seterusnya, ada juga yang merasakan Ronaldo mungkin akan masih bermain dengan kelab yang ada kaitan dengan Arab Saudi iaitu Newcastle.

Kelab itu sebelum ini berminat mendapatkan Ronaldo. Dan Newcastle dalam landasan terbaik untuk beraksi di UCL musim hadapan.

Al Nassr sebelum ini mendapatkan Ronaldo dengan ikatan kontrak 2 tahun. Memberikannya gaji cemerlang USD200 juta semusim. Menjadikan dia pemain paling tinggi gaji di dunia.

Jadi, adakah Al Nassr akan sedia menamatkan kontrak Ronaldo atas persetujuan bersama seperti mana yang dia lakukan di Man United?

Baca yang lain