TERKINI: Sehari Selepas PSG Cadang ‘Kick’ Neymar, Messi Pula Tak Mahu Lanjutkan Kontrak

Laporan semalam menyebut bahawa, PSG sudah mengadakan perbincangan di kalangan pengurusan tertinggi, dan mencapai kata sepakat bahawa mereka mahu menjual Neymar.

Kontrak semasa pemain itu masih ada sehingga 2025.

Isu ekonomi adalah faktor utama. Bermula musim depan, PSG harus mengurangkan gaji pemain mereka sebanyak 30% untuk menepati piawaian FFP.

Adalah mustahil untuk mereka memiliki Neymar, Mbappe dan Messi dalam satu pasukan yang sama dengan gaji lebih EUR400 ribu seminggu setiap seorang.

Pada masa yang sama, PSG terdesak mahu mengekalkan Messi.

Dan kelab itu merasakan jalan terbaik adalah menjual Neymar. Ataupun paling tidak meminjamkan Neymar ke kelab lain.

Mereka mahu melaburkan wang yang mereka belanjakan pada Neymar untuk kontrak Messi.

Agak ironi, kerana sebelum ini Neymar adalah pemain yang memujuk Messi menyertai PSG. Dan sedia memberikan pemain itu jersi no.10 beliau. Cuma Messi je menolaknya.

Rundingan antara Messi dan PSG sudah berjalan sejak beberapa bulan lalu lagi.

Di mana kedua dua pihak dilaporkan sudah mencapai banyak kesepakatan dalam klausa kontrak baharu, cuma Messi masih kata dua untuk kekal.

PSG kekal yakin bahawa Messi akan terus kekal bersama dengan mereka.

Namun situasinya tidak seperti yang dimahukan PSG, ini kerana laporan terbaru menyebut, Messi tetap tak mahu menurunkan tandatangannya pada kontrak baharu di PSG.

Messi malah lebih memikirkan soal mencari kelab baharu berbanding dengan kekal di PSG.

L’Equipe sebelum ini melaporkan bahawa, selepas Piala Dunia 2022, kem Messi telah menyepikan diri daripada sebarang rundingan.

Dilaporkan ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan pemain itu meninggalkan PSG.

Pertamanya, dia tidak merasakan hubungan yang baik dengan peminat di PSG. Lebih lebih lagi setelah peristiwa musim sebelum ini di mana Messi diejek penyokong sendiri ketika PSG tersingkir daripada Liga Juara Juara Eropah.

Seterusnya, Messi tidak begitu selesa dengan status Kylian Mbappe yang dianggap terlalu ‘besar’ berbanding mana mana pemain lain.

Dan yang ketiga, Messi tidak suka dengan media di Perancis yang seringkali membuat berita kurang enak tentang dia dan keluarganya.

Tetapi PSG tetap akan berusaha memujuk Messi kekal. Ini termasuk menawarkan pemain itu pakej gaji luar biasa dan kontrak 2+1 tahun.

Nasser Al Khelaifi sudah mengarahkan pengarah sukan kelab agar melakukan apa sahaja agar Messi kekal.

Baca yang lain