TERKINI: Valentino Rossi Umum Persaraan, Jarvis Anggap The Doctor Lebih Besar Dari MotoGP

Legenda motoGP, Valentino Rossi mengumumkan persaraannya daripada MotoGP selepas tamat musim ini.

Rossi kini beraksi bersama dengan pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT.

Rossi melanjutkan kariernya untuk musim ke-26. Rossi bergandingan dengan Franco Morbidelli.

Mengikut perancangan Yamaha, Rossi menimba ilmu pengurusan bersama SRT sambil menyumbang kepada pasukan tersebut dari sudut teknikal. Di mana Rossi membantu dalam analisis motosikal mereka. Rossi membawa beberapa pakar dari pasukan kilang dan kekal menggunakan motosikal kilang.

Selain itu Rossi masih menaruh harapan untuk kembali ke podium.

Yamaha sebelum ini menegaskan bahawa Rossi akan bersara di SRT dan kemudian akan fokus kepada pengurusan pasukan miliknya iaitu Sky Racing Team VR46 yang ramai bakat muda.

Bos Yamaha iaitu Lin Jarvis dalam satu dokumentari khas, melabel Rossi lebih besar daripada MotoGP.

Rossi adalah GOAT – Jarvis

Jarvis menganggap Rossi adalah jenama yang sangat penting dalam membawa naik nama MotoGP. Di mana beliau berpendapat, tak semua orang kenal MotoGP tetapi semua orang akan kenal Valentino Rossi.

Jarvis memaksudkan, ramai orang di luar sana yang hanya mengetahui MotoGP. Namun informasi lain di dalamnya, mereka kurang arif. Sebaliknya mereka akan sentiasa tahu nama Valentino Rossi.

“Jika anda bertanya mengenai MotoGP, tidak semua orang tahu itu, tetapi jika anda bertanya mengenai Valentino Rossi, semua orang mengenalinya,” kata Lin Jarvis.

Salah seorang pesaing Valentino Rossi dalam acara MotoGP, Andrea Dovizioso juga mengiktiraf sumbangan Rossi kepada MotoGP.

Menurut Dovizioso, selaku pelumba dan pengikut MotoGP dari kecil, beliau berterima kasih atas sumbangan Rossi dalam membantu memberikan kesedaran kepada dunia dan menaikkan nama MotoGP.

“Dahulu, sukan yang kita terlibat ini adalah sukan khas untuk golongan tertentu. Dan sekarang diikuti oleh kanak kanak sehingga ke nenek tu. Dari golongan muda sehinggalah mereka yang berusia 80 tahun,” kata Andrea Dovizioso.

Rakan karib Valentino Rossi, Alessio Salucci, menyatakan harinya akan tiba juga, Rossi akan meninggalkan MotoGP. Namun beliau yakin The Doctor akan meninggalkan lapangan itu sebagai legenda yang tidak ada gantinya.

“Legasi adalah banyak perkara: kemenangan, peminat, keseronokan di trek. Membangun bersa-sama, sama ada berlumba di MotoGP atau bahkan ketika berada di akademi (VR46),” kata Salucci.

Valentino Rossi sendiri telah menyiapkan rancangan sekiranya dia bersara dari acara MotoGP. Dia mahu memastikan pasukannya, SKY VR46, untuk berada di kelas perdana MotoGP.”

Rossi dianggap GOAT (Greatest of all time) dalam motoGP menerusi carian peminat di Google.

Rossi agak kesipuan dengan kenyataan tersebut. Dan beliau menegaskan beliau tak pernah tak pernah ambil tahu soal kambing (goat) ke tak. Apa yang penting baginya adalah terus bersaing di peringkat tertinggi.

“Sejujurnya, saya tidak tahu. Saya hanya menerima cabaran seperti ini [terus berlumba] dengan para pelumba di sini,” kata Rossi.

Rossi memenangi Gelaran juara dunia bermula dari kelas 125cc (sekarang Moto3) pada tahun 1997, 250cc (sekarang Moto2) pada tahun 1999, 500cc (sekarang MotoGP) pada tahun 2001, dan MotoGP pada tahun 2002-2005 dan 2008-2009.

Pencapaian Rossi kini hanya satu sahaja dibezakan dengan gelaran dunia dari Marc Marquez – yang dianggap seteru utamanya.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan