TERKINI: Video Ozan Kabak Tiba Di Pusat Medikal

Ozan Kabak dilaporkan dalam radar Liverpool menjelang deadline day perpindahan.

Liverpool dikaitkan dengan perpindahan beberapa pemain seperti Ben Davies, Duje Caleta-Car dari Marseille dan Sven Botman dari Lille.

Tetapi nampaknya, Ben Davies dan Kabak adalah pemain yang diharapkan oleh kelab Merseyside untuk mendapatkan kesepakatan.

Kabak merupakan pemain antarabangsa Turki telah dikaitkan dengan perpindahan sudah agak lama. Klopp mengikuti beliau sejak 2018.

Pemain berusia 20 tahun itu menghabiskan dua tahun terakhir bermain di Jerman, setelah meninggalkan Galatasaray untuk bergabung dengan Stuttgart pada Januari 2019.

Dia kemudian bergabung dengan Schalke dalam perjanjian lima tahun pada musim panas berikutnya berikutan kejayaan di Stuttgart.

Sky Jerman kemudian melaporkan Ozan Kabak dilihat berada di kompleks medikal pasukan. Dan beliau dilaporkan kemungkinan besar menjalani proses ujian medikal di sana.

Sky Sports News menegaskan bahawa kesepakatan untuk membawa Kabak ke Liverpool kemungkinan akan dilakukan secara pinjaman hingga akhir musim, dengan pilihan untuk membeli tetap.

Liverpool sudah merancang untuk pemain itu mengadakan ujian perubatan di Jerman sekiranya kesepakatan dapat dicapai dengan Schalke.

Schalke ingin menandatangani pengganti Kabak sebelum membenarkan perpindahan ke Liverpool.

Dengan kecederaan terbaru menimpa Matip dan Fabinho. Liverpool akhirnya terbuka hati untuk menapatkan bek tengah baharu.

Caleta Car antara pemain yang sangat berminat ke Anfield. Namun perpindahan tersebut sukar kerana Marseille hanya akan melepaskan pemain itu jika ada pengganti.

Car sebelum ini dihubungi West Ham, namun pemain itu menegaskan beliau mahu bermain di pentas Eropah terutama sekali UCL.

Seterusnya Sven Botman dilaporkan antara pemain yang diingini Liverpool. Namun tiada proses yang signifikan diambil oleh The Reds.

Bercakap selepas kemenangan 3-1 Ahad di West Ham, Klopp tetap tegas mengenai potensi kemasukan pemain baharu dan memuji persembahan Nat Phillips di Stadium London.

“Tidak ada yang perlu diperkatakan,” kata Klopp kepada Sky Sports.

“Saya mengatakannya sepanjang masa, dalam situasi kita adalah masuk akal [untuk menandatangani bek tengah].”

“[Tetapi] Nat Phillips bermain dengan baik, James Milner berteriak kepada Hendo [Jordan Henderson] ‘lebih baik kamu berhati-hati, kerana jika kamu terus bermain seperti ini, kamu akan menjadi bek tengah sepanjang karier kamu,” kata Klopp sambil berseloroh.

“Mata kami selalu terbuka, dan kami berusaha memperbaiki keadaan kami. Sekiranya kita dapat melakukannya, saya tidak tahu. Sekiranya tidak, kami bermain seperti malam ini.”

Schalke dilaporkan akan cuba membawa masuk Mustafi sebagai pengganti Kabak. Jika itu berlaku Mustafi akan bergabung semula dengan Sead Kolasinac.

Ozan Kabak sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau mengidolakan Virgil Van Dijk.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di