TERKINI: Walaupun Dah Belanja £468 Juta, Todd Boehly Lancar Operasi ‘Rembat’ Enzo Fernandez Dari Benfica

Nampaknya Chelsea masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Enzo Fernandez. Walaupun pemain itu beberapa minggu lalu dilihat sudah mencium lencana Benfica di dadanya.

Membuatkan ramai penyokong Benfica merasakan bahawa Enzo sudah kembali fokus kepada kelab itu dan melupakan perpindahan ke Chelsea.

Enzo Fernández hanya berada di Portugal selama enam bulan selepas Benfica membayar €14 juta kepada gergasi Argentina, River Plate pada Julai tahun lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu menarik perhatian di Eropah selepas mempamerkan aksi hebat pada Piala Dunia 2022, di mana dia menjadi juara dunia bersama Argentina.

Enzo Fernandez turut dinobatkan sebagai muda terbaik Piala Dunia 2022.

Fernández telah membantu pasukan kelabnya mencatat rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan dan memenangi kumpulan Liga Juara-Juara walaupun terdapat PSG dan Juventus.

Prestasi di Benfica benar benar membantunya meningkatkan permainannya sehingga menjadi nadi utama Argentina memenangi Piala Dunia 2022.

Walaupun dia baru sahaja mengumumkan dirinya di pentas global, Chelsea kelihatan bersedia untuk membayar untuk pemain tengah berbakat itu.

Chelsea yang kini sudah berbelanja sekitar £468 juta sedia menambahkan lagi angka itu sehingga £100 juta lagi, mengambil kira kemungkinan mereka akan membayar klausa pelepasan Enzo Fernandez.

Benfica dah letak syarat

Benfica sebelum ini bertegas, mereka tak akan melepaskan Enzo Fernandez kecuali Chelsea dan Enzo Fernandez setuju mengaktifkan klausa pelepasan €120 juta, tak sesen pun kurang.

Pada Disember, Chelsea menawarkan pakej mencecah €127 juta secara ansuran dan bonus untuk pemain itu. Namun Benfica mahukan €120 juta bayaran tetap.

Chelsea kemudian mencadangkan tawaran €90 juta ditambah dengan Ziyech serta meminjamkan dua pemain mereka iaitu Datro Fofana serta Andrey Santos.

Benfica kemudian meminta Chelsea membayar klausa pelepasan yang ada pada pemain itu. Namun Chelsea menyatakan mereka tidak mampu untuk membayarnya. Dan kini tiba tiba kelab itu mahu berunding lagi.

Benfica salahkan Chelsea puna Enzo buat hal

Tindakan Chelsea itu dianggap seolah olah sengaja untuk mengganggu fokus Enzo Fernandez. Dan kini pemain itu dah buat hal. Dia malah kembali semula ke Argentina pada malam tahun baru untuk meraikannya dengan keluarga di sana, tanpa kebenaran kelab.

“Enzo seorang budak yang sangat baik dan pemain bola sepak yang hebat. Kami sangat menyukainya. Kami sayang dia. Kami mahu dia kekal di Benfica.’

“Sudah tentu, situasi untuknya tidak begitu mudah kerana dia bermain di Piala Dunia, dia menjadi juara dunia.”

“Dia mendapat tawaran dan terdapat banyak wang ditawarkan di atas meja ketika ini, apabila anda seorang pemain muda dan anda memikirkannya, ia sedikit mengelirukan anda.”

“Saya fikir itu adalah sesuatu yang semua orang boleh fahami,” kata Roger Schmidt, pengurus Benfica.

“Kami tidak mahu menjual Enzo, bukan saya atau presiden. Tiada siapa yang mahu menjualnya di kelab ini. Kami tahu ada klausa pelepasan, jika dia mahu pergi, kami mungkin kehilangan pemain itu jika ada kelab membayar klausa itu.”

“Ada kelab yang mahukan pemain itu. Mereka tahu kami tidak mahu menjual pemain itu. Mereka cuba mendapatkan pemain itu di pihak mereka dan mereka tahu bahawa mereka hanya boleh mendapatkan pemain ini apabila mereka membayar klausa pelepasan.”

“Jadi, ia adalah situasi yang sangat jelas apa yang kelab itu lakukan. Ia tidak menghormati kita semua, terhadap Benfica, dan saya tidak boleh menerima apa yang mereka lakukan. Untuk membuat pemain kami jadi gila dan kemudian mereka berpura-pura boleh membayar klausa dan kemudian mereka mahu berunding dengan cara lain bagi menyelesaikan isu ini.”

Jurulatih Benfica itu mengkritik Fernández sebelum ini, yang pulang ke Argentina untuk meraikan Malam Tahun Baru tanpa kebenaran kelab.

“Dia tidak mempunyai kebenaran untuk pergi ke Argentina dan terlepas latihan, itu tidak boleh diterima, jadi akan ada akibatnya,” tambah Schmidt.

Chelsea sedia melakukan ‘raid’

Enzo Fernandez menjadi sasaran Potter untuk memperkuatkan barisan tengahnya. Kecederaan panjang N’golo Kante memberikan impak yang besar kepada Chelsea di bahagian tengah.

Dia kemudian kembali ke Benfica dan menunjukkan prestasi yang baik.

Menurut laporan akhbar di Portugal, Chelsea bersedia melakukan ‘raid’ terbaru untuk mendapatkan juara dunia itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Dan kini Chelsea berharap pemain itu akan menghantar transfer request untuk menyertai mereka.

Proses cubaan merembat Enzo ini akan diketuai Todd Boehly yang masih menjadi orang yang mengetuai bahagian rekrut pemain di Chelsea.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah