TERKINI: Werner Hampir Rasmi Biru, Chelsea Dalam ‘Advance Negotiation’ Dapatkan Chilwell

Chelsea terus mengganas dalam rundingan dengan beberapa pemain.

Terbaru, Chelsea dikatakan sedang dalam rundingan positif membawa masuk bek kiri Leicester, Ben Chilwell ke Stamford Bridge.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa Chelsea kini berkemungkinan besar akan mendapatkan Chilwell. Ini selepas pemain itu menyatakan beliau mahu menyertai The Blues.

Chilwell juga tahu Frank Lampard sangat berkenan dengan beliau.

Chelsea memiliki pelan B sekiranya negosiasi ini gagal. Di mana bek kiri Ajax, Nicolás Tagliafico berada dalam senarai back up mereka.

Leicester bukan pasukan yang mudah untuk berunding sejak musim lalu.

Mereka tidak tunduk kepada Harry Maguire sebelum ini – dan berkeras meminta Man United membayar £80 juta.

Jadi, Chelsea menjangkakan kesulitan yang sama berlaku jika Leicester meletakkan harga yang tiggi.

Dalam perkembangan lain, Werner sudah hampir pasti menyertai Chelsea.

Dengan kelab biru London itu sedang menyiapkan kertas kontrak sejak semalam lagi.

Chelsea mendapat dana perpindahan yang besar kerana mereka akan mendapat wang daripada klausa beli tetap Morata.

Dalam pada masa yang sama mereka juga mendapat wang daripada penjualan Eden Hazard sebelum ini yang hanya dibelanjakan pada Hakim Ziyech.

Selain daripada itu Chelsea mendapat wang yang banyak hasil daripada bayaran pinjaman pemain muda mereka di kelab lain serta ada yang dijual secara tetap.

Werner menjadi pemain yang dikehendaki Liverpool sebelum ini. Namun kelab Merseyside itu terpaksa menarik diri selepas RB Leipzig berkeras mahu meminta klausa pelepasan diaktifkan.

Klausa pelepasan itu bernilai sekitar £50-£60 juta dikatakan bergantung kepada kedudukan Leipzig pada akhir musim ini.

Baca yang lain