Tiada ‘Double Standard’: Ten Hag Lantik Martial Ketuai Serangan Pada Hari Pembukaan Walaupun Ronaldo Kembali

Erik Ten Hag tak banyak cakap dengan Martial. Kalau pemain itu masih ada hati nak keluar dari Manchester United, silakan. Ini kerana Ten Hag sudah menghantar isyarat jelas kepada pemain itu, dia akan menjadi pemain penting dalam pasukan musim hadapan.

Ten Hag mahu pemain itu kekal. Tidak mahu menjual atau meminjamkannya ke kelab lain. Martial malah akan diberikan peranan besar pada hari pembukaan EPL musim ini.

Walaupun Ronaldo akan kembali ke latihan, Martial akan tetap menjadi no.9 pada hari pembukaan. Ini kerana pemain itu sudah beraksi dengan cemerlang dan dipersiapkan dengan minit yang secukupnya pada pra musim.

Keupayaan Ten Hag menaikkan motivasi Martial dalam pra musim ini benar benar luar biasa. Pemain yang merengek nak keluar sepanjang musim lalu.

Dan pernah berniat untuk meninggalkan United untuk musim ini. Di mana Martial diberikan peluang berpindah secara pinjaman ke Sevilla pada pertengahan musim lalu sebelum dia dijual secara tetap seperti dimajukannya.

Situasi itu kini berubah. Martial langsung tidak terfikir soal berpindah. Martial dilihat selesa dan lebih ceria bersama United. Ten Hag gembira kerana Martial antara pemain yang cepat memahami kehendak sistem serangan beliau.

Ten Hag turut berpuas hati dengan prestasi Martial. Dan dia sendiri menghalang sebarang usaha kelab mahu menjual pemain itu.

Ten Hag akui dia betuah dapat melatih 4 pemain dalam serangan United ketika ini. Namun itu bukan bermakna mereka sudah berpuas hati dengan rangkaian serangan mereka.

Ten Hag malah mahukan aspek serangan ini dibangunkan dan diperkasakan lagi.

Bercakap kepada media, Ten Hag berkata: “Serangan berempat dengan Martial, Rashford, Sancho dan Fernandes, mereka berhubung dengan sangat baik bersama sama. Saya rasa, bila kamu tengok keadaan itu, kamu rasa bertuah menjadi pengurus mereka.”

“Mereka adalah ancaman, senjata ampuh pasukan dan kami harus meningkatkan keupayaan itu setiap hari, membangunkannya dengan lebih lagi.”

Ronaldo masih bercuti. Dia dikaitkan dengan tuntutan mahu berpindah ke kelab lain. Namun pada masa ini, Man United kekal dengan pendirian mereka bahawa pemain itu bukan untuk dijual.

Mereka menjangkakan Ronaldo akan kembali bersama mereka dalam masa terdekat selepas urusan isu keluarganya selesai.

Kembalinya Abang Do ke dalam pasukan tidak akan memberikan slot automatik kepadanya untuk terus menjadi kesebelasan utama.

Sesuai dengan janji Ten Hag sebelum ini. Setiap pemain akan dilayan sama rata. Sama ada mega bintang atau bukan. Martial berhak mendapat kredit dan merit atas persembahannya.

Ronaldo sudah tentunya akan menjadi pemain penting dalam projek Ten Hag. Namun dia harus kembali ke latihan dahulu untuk pra musim.

Manchester United cemerlang dalam aksi pra musim kali ini termasuk membenam musuh tradisi mereka Liverpool 4-0.

Selain Martial, prestasi Jadon Sancho dan beberapa pemain muda United juga melegakan peminat.

Setakat ini Man United sudah mengesahkan pembelian Tyrell Malacia dan juga Lisandro Martinez di barisan pertahanan n. Sementara Christian Eriksen ditandatangani secara percuma.

Cuma saga perpindahan Frenkie De Jong yang kelihatan semakin rumit buat masa ini. Pemain yang benar benar dimahukan Ten Hag.

Ten Hag menegaskan bahawa dia masih dalam proses membina pasukan dengan DNA yang mantap. Masih ada beberapa kesilapan yang harus diperbetulkan.

Erik Ten Hag dikenali dengan ketegasan dan juga falsafah taktikal modennya ketika bersama Ajax.

Baca yang lain