TikToker Ini Dakwa Dirinya Time Traveler Yang Terperangkap Di Tahun 2027, Sempat Melawat Nou Camp

Tahun ini dunia dikejutkan dengan seorang lelaki tiktok yang menyatakan bahawa dia sedang terperangkap di masa hadapan.

Lelaki yang bernama Vicente Ochoa itu menggunakan alias @unicosobreviviente, yang diterjemahkan daripada bahasa Sepanyol sebagai ‘satu-satunya yang terselamat’.

Dia berkongsi video yang menunjukkan bagaimana dunia seolah-olah sunyi pada masa itu kerana dia hanyalah manusia yang tinggal dan masih hidup pada tahun 2027.

Ochoa turut berkongsi salah satu video menunjukkan gambar zoo kosong tanpa haiwan.

Menurut Javier Ochoa, segalanya bermula apabila pesawat yang dia naiki terhempas di satu tempat. Dia menjadi satu satunya manusia yang masih hidup.

Javier sempat menunjukkan video keadaan pesawat selepas nahas tersebut.

Dia turut berjalan di sekitar bandar dan mendapati dunia seolah olah sudah kiamat pada 2027. Semua tempat menjadi sunyi dan kosong.

Dia tinggal bersendirian pada tahun 2027. Javier ada 6.6 juta pengikut di TikTok melabel dia sebagai perentas masa. Dalam hidupnya sekarang, dia seorang diri di tahun 2027 dan berterusan mencari koordinat baharu untuk dia jelajahi.

Sudah tentu ramai yang ragu-ragu dengan pengakuan Javier walaupun ramai juga yang percaya dengannya. Biasalah tu, dunia maya kan.

Ramai yang tak percaya dengan Javier beranggapan bahawa Javier menyunting videonya, dan menghilangkan orang lain yang berada di dalam video tersebut.

Mereka mempersoalkan, kalau betul Javier tinggal seorang diri pada 2027, siapakah pula yang mengendalikan fasiliti seperti lampu isyarat serta elektrik.

Tidak kurang juga orang yang memuji kemampuan Javier menyunting video untuk meyakinkan pengikutnya.

Dalam beberapa videonya, Javier kelihatan sangat resah dan gelisah. Dia bertanya kepada Alexa tentang tarikh dan Alexa [AI] membalas bahawa mereka sekarang berada di tahun 2027.

Oleh kerana kemampuannya merentas masa, maka ramai meminta bukti agar dia menjelajah ke tempat lain. Dan Javier menurut permintaan mereka.

@unicosobreviviente##unicosobreviviente♬ Life Goes On – Oliver Tree

Antaranya adalah ke stadium Nou Camp dan juga stadium Valencia serta beberapa tempat lagi termasuk pameran kereta.

@unicosobreviviente

Responder a @fcbarcelona

♬ Suspense – Ultimate Horror Experience

 

@unicosobreviviente

Responder a @valenciabasket

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Dia turut menunjukkan beberapa kemajuan alam siber teknologi terkini, kejayaan semakin hampiri, biar di kota ataupun desa, kita semua pasti merasa bangga.

Kisah Javier mendarik perhatian seluruh dunia yang mengeluarkan beberapa siri dokumentari ringkas tentangnya.

Saksikan video di bawah ini, penjelasan ringkas tentang si Javier ni.

 

Beberapa netizen berdebat tentang bagaimana Javier mendapat video video tersebut.

Dan salah seorang daripadanya menyatakan bahawa Javier sudah tentunya bukan orang biasa biasa, dia kemungkinan pakar komputer dan bekerja di dalam industri perfileman.

Ramai juga merasakan Javier memiliki studio sendiri yang sangat besar dan canggih untuk dia menghasilkan video itu dengan luar biasa sekali dalam masa yang singkat.

Mark Miller berkata: “Tak kisahlah dia nak buat apa atau macamana dia buat semua ni, sebenarnya kerja dia sangat luar biasa. Dah tentulah semua ni lakonan je, saya tiada masalah dengannya. Cuma nikmati sahaja persembahan daripadanya.”

Seorang lagi netizen berkata: “Saya ada terbaca satu artikel tentang satu perisian virtual realiti yang digunakan untuk menghasilkan video macam ni. Sangat hebat wei.”

Buat masa ini, lebih ramai yang tidak mempercayai Javier malah ada yang menganggap dia sebagai penipu profesional.

Walaupun ramai yang memang tak percayakan Javier, mereka masih cuba mencari helah digunakan oleh Javier menghasilkan video tersebut.

Korang yang nak lihat video video dia, boleh la cari mamat tu kat TikTok dengan nama @unicosobreviviente.

Baca yang lain