TMJ: Pemain Bukan Mesin

Pemilik JDT iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ataupun Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengambil tanggungjawab di atas harapan terlalu tinggi peminat ke atas JDT pada ketika ini.

Keputusan seri yang dicatatkan JDT ketika aksi berhadapan Felda United telah membuatkan ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan prestasi JDT.

TMJ berkata: “Saya mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di JDT. Saya rasa saya telah menetapkan standard yang begitu tinggi – memenangi 15 trofi dalam tempoh tujuh tahun – dan harapan terhadap JDT juga sangat tinggi.”

“Penyokong kami menganggap keputusan seri sebagai kekalahan manakala kekalahan pula diibarat sebagai tragedi tetapi kita harus menerima hakikat bahawa ada pasang surut dalam kehidupan. ”

“Ada masa indah dan sebaliknya, di atas dan juga di bawah. Itulah lumrah kehidupan.”

Seterusnya pemilik JDT itu mengingatkan bahawa pemain pemain JDT bukannya mesin. Beliau meminta agar para pemain lebih dihargai.

Dan TMJ merasakan para pemain agak keletihan selepas aksi berhadapan dengan Suwon Bluewings dalam aksi Liga Juara Juara AFC.

“Kita juga harus memahami bahawa para pemain bukanlah mesin. Kita harus menghargai dan menilai apa yang telah mereka lakukan kerana walau apa pun, mereka telah memberikan kita banyak kejayaan. ”

MSL: Teamgoal Merecik Dan Penalty Save Bantu Felda Utd Tamatkan Winning Streaks JDT

“Sebagai contoh, kita telah memenangi tiga trofi tahun lepas dan memenangi Piala Sumbangsih pada permulaan musim ini.”

“Saya dapat lihat yang para pemain sedikit keletihan oleh kerana jadual yang padat. Kita mempunyai lebih perlawanan berbanding pasukan lain kerana kita juga beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC. Saya tetap yakin mereka semua akan bangkit.”

“Walau apa pun, saya sentiasa dibelakang para pemain, jurulatih dan kakitangan saya setiap masa. ”

“Sama ada kami menang atau kalah, saya sentiasa bersama mereka. Saya sentiasa menyokong mereka dan mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, baik dari segi persembahan atau yang lain-lain di JDT.”

JDT mencatatkan seri pertama di Stadium Sultan Ibrahim. Ternyata ia bukan perlawanan mudah.

Agak bersetuju dengan TMJ isu fatigue. Jelas sekali aksi JDT pada separuh masa kedua, tempo JDT agak mengurang.

Namun perlawanan liga masih panjang. Dan kredit juga kepada Felda United yang benar benar bermain dengan persediaan yang baik untuk aksi kali ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di