Tob Itthipat: Kisah Gamer Jual Akaun Yang Menjadi Jutawan Rumpai Laut Goreng

Anda mungkin pernah mendengar tentang Tao Kae Noi atau Tob, snek rumpai laut yang berasal dari Thailand.

Jika anda tidak tahu mengenainya, sila pergi ke 7Eleven atau mana-mana kedai serbaneka lain di kawasan anda.

Ia ringan, rangup, cair di dalam mulut anda, datang dalam pelbagai perisa dan merupakan snek yang sesuai untuk sebarang majlis!

Tetapi tahukah anda bahawa pengasas itu terpaksa bergelut melalui pelbagai pasang surut dalam kehidupannya sebelum produknya mencapai populariti besar-besaran yang kita ketahui hari ini?

Seorang gamer tegar

Pada usia 16 tahun, dia hanyalah seorang budak sekolah biasa, dan seperti kebanyakan budak sekolah dia ketagih dengan permainan dalam talian, dengan Everquest sebagai kegemarannya.

Dia bermain dengan baik dalam permainan sehingga dia menjadi salah seorang pemain terbaik di kawasan negaranya.

Kerana kemahiran permainannya, dia dapat memperoleh banyak item dalam permainan dan koleksi rare serta karakter yang sukar diperoleh oleh orang lain.

Tidak lama selepas itu, pemain permainan dari seluruh dunia, terutamanya dari AS, mula menghubunginya untuk membeli akaunnya yang ada koleksi rare itu.

Dia berjata menjual akaun pertamanya kepada seorang gamer di Amerika Syarikat dengan nilai USD10,000.

Tob meneruskan hobinya bermain game dan kali ini misinya adalah menaikkan ranking dan menjualnya dengan harga yang tinggi.

Apa yang pasti dia menjual beberapa siri akaun lagi dengan nilai yang sama iaitu USD10k. Dan ianya laris serta mendapat permintaan tinggi.

Tetapi seperti semua mimpi, seseorang mesti bangun pada akhirnya. Pada usia 17 tahun, dia memutuskan untuk menyambung pelajarannya di Universiti Dewan Perniagaan Thailand.

Dan, pada tahun yang sama, perniagaan keluarganya menghadapi krisis kewangan dan akhirnya diisytiharkan muflis, akhirnya berhutang dengan sangat banyak.

Kerana itu, dia memutuskan untuk berhenti sekolah dan membantu keluarganya. Dia menjual ID permainannya dengan jumlah wang yang banyak dan mula memikirkan apa yang boleh dia lakukan dengan wang yang diperoleh untuk membantu keluarganya terus bertahan.

Memikirkan dunia perniagaan

Pada mulanya, dia cuba menjual makanan dan kopi di hadapan kampusnya. Usaha lain termasuk melabur dan menjual pemain CD murah. Tetapi di sebalik semua usaha, rancangannya tidak berjaya dan dia terus kerugian sejumlah besar wang.

Walaupun begitu, ini tidak menghalangnya untuk terus maju. Pada suatu hari, semasa dia meneroka China Town di Bangkok, dia menyedari bahawa ramai orang gemar makan buah berangan goreng gula pada tengah hari dan hidangan ini, kadangkala eksklusif di kawasan itu sahaja.

Ini mengilhamkan idea perniagaan pertamanya dengan menjual buah berangan goreng gula di depan kedai 7 Eleven.

Dalam masa satu setengah tahun, dia membuka lebih 30 kedai berangan di pasar raya besar terbesar Thailand TESCO dan Carrefour – dan Tob baru berusia 18 tahun ketika itu.

Berdepan masalah lagi

Walau bagaimanapun, apabila TESCO Lotus melantik  Ketua Pegawai Eksekutif baru pada masa itu, di mana dia sudah memiliki lebih 25 cawangannya di pasaraya tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif yang baru itu tidak membenarkannya menjual buah berangannya di cawangan TESCO Lotus.

Ini kerana asap daripada menggoreng buah berangan itu yang kuat menyebabkan satu premis terhidu baunya. Selain itu ianya juga dikatakan telah mengotorkan siling kedai.

Jadi, dia memutuskan untuk memasak buah berangan di luar pusat membeli-belah dan menghantarnya ke kedai. Jualan buah berangan menurun dengan ketara sebanyak lebih 50 peratus kerana orang mahu membeli yang dimasak terus di kedai.

Bagi menebus jualan itu, dia kemudian mencuba menjual makanan lain seperti buah-buahan kering dan rumpai laut goreng. Selepas beberapa bulan, dia perasan rumpai laut goreng mengatasi jualan buah berangan dan serta-merta menjadi produk terlaris.

Maka, bermulalah permulaan empayar rumpai lautnya hanya pada usia 19 tahun.

Ke 7 Eleven

Untuk menghasilkan lebih banyak rumpai laut goreng, dia mengupah sepasukan kecil orang untuk bekerja di dapur di rumahnya. Untuk dapat mengembangkan rumpai laut gorengnya, dia memutuskan untuk memindahkan produknya ke 7-Eleven. Pada mulanya, 7-Eleven menolak permintaannya kerana butiran pembungkusan yang buruk.

Untuk menyelesaikannya, dia menghabiskan masa berbulan-bulan mengubah suai reka bentuk pakej dan akhirnya meyakinkan pihak pengurusan 7-Eleven untuk bersetuju menjual produknya dengan reka bentuk yang lebih baharu.

Pasukan 7-Eleven juga meminta lawatan ke kilangnya untuk memastikan kualiti makanan dan memastikan rumpai lautnya dapat dibekalkan di 3000 cawangan di seluruh Thailand.

Dengan hanya enam pekerja di dapurnya, tidak mungkin dia boleh mencapainya. Oleh itu, dia memutuskan untuk menjual perniagaan berangannya untuk membiayai barisan pengeluaran untuk perniagaan rumpai laut gorengnya dan mengupah lebih ramai pekerja.

Tidak lama selepas lawatan kilang itu, 7-Eleven pertama menempah 72,000 pek rumpai laut goreng dalam tempoh 45 hari. Dari situ, perniagaan rumpai laut gorengnya berkembang pesat dan dua tahun kemudian rumpai laut gorengnya dieksport ke Singapura dan Hong Kong.

Pada usia 26 tahun, produknya telah berkembang dan kini boleh didapati di lebih 19 negara termasuk AS, UK, Kanada dan Australia. Beliau telah menjadi jutawan termuda Thailand dengan nilai bersih THB 1 bilion ($33 juta).

Jalan kejayaannya tidak datang dengan mudah. Dia melepasi halangannya perlahan-lahan tanpa berputus asa. Dan salah satu perkara yang paling penting untuk dimiliki ialah pemikiran yang betul.

Tidak mudah melatah apabila halangan menimpa. Dia tidak menyalahkan orang lain ketika perniagannya berdepan kesurutan. Sebaliknya mencari inisiatif lain.

Untuk menjadi seperti Tob, anda perlu percaya pada diri anda dalam apa yang anda mahu lakukan, dan pada masanya, kejayaan akan datang kepada anda.

Kisahnya malah difilemkan di Thailand dengan judul The Billionaire pada 2011.

Baca yang lain