Tolong Bayar Gaji Pemain Guna Duit Sendiri Sampai €1.8 Juta (RM8.3J), FA Siasat Rooney

Wayne Rooney dilaporkan akan disiasat oleh FA England berikutan laporan yang menyatakan bahawa pengurusan telah membantu membayar gaji pemain yang tertunggak ketika di Derby County.

Rooney akan diingati sebagai pengurus yang sangat berhati mulia walaupun reputasinya sebagai pemain berbeza, dia merupakan pemain yang nakal dan baran.

Wayne Rooney: Inilah Sebabnya Budak Nakal Ini Disayangi Penyokong Derby Sebagai Pengurus

Wayne Rooney merupakan seorang pemain yang agak nakal pada zaman dia merumput di atas padang. Selain itu dia juga agak nakal sebagai seorang suami.

Tetapi siapa sangka, pemain yang panas baran itu sebenarnya seorang pengurus yang sangat baik.

Menjadikan dia sebagai watak yang paling disayangi peminat Derby County. Mana tidaknya, Rooney sangat setia bersama dengan mereka menempuh detik sukar dalam sejarah kelab mereka. Tidak pasti apa yang akan berlaku pada hari berikutnya. Derby County menjadi kelab yang dilanda krisis kewangan kritikal.

Wayne Rooney menyertai kelab itu pada akhir 2020 di bawah kendalian Phillip Cocu. Dia pada masa itu menjadi pemaian – jurulatih (staf kejurulatihan). Sebelum mengambil alih sepenuhnya pasukan utama pada Januari 2021.

Sejak itu kerja yang dia lakukan di atas padang – dalam keadaan yang paling sukar – telah menjadi teladan ramai pihak.

Pengurus berusia 36 tahun itu mengekalkan Derby dalam Kejuaraan musim lalu walaupun dilanda segala masalah.

Memandangkan had kewangan yang berterusan di kelab, embargo perpindahan dan gangguan yang berterusan di belakang tabir, jadi, kejayaan Rooney membimbing Derby kekal di Liga Kejuaraan dianggap satu perkara luar biasa.

Selain itu, ketika Everton menawarkan jawatan pengurus kepadanya sebelum melantik Lampard, Rooney menolaknya kerana menurutnya, Derby County masih memerlukannya sebagai pengurus.

Dan dia tak akan meninggalkan kapalnya yang sedang mahu karam.

Ketika kelab bergelut dengan masalah kewangan, Rooney memberikan sumbangan peribadi kepada pemain pemain yang terjejas dan memerlukan wang untuk kelangsungan hidup. Ini termasuk membayar sebahagian gaji beberapa pemain yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, Rooney malah pernah membiayai perjalaan Derby County ketika kelab mereka bertandang ke tempat lawan, dalam keadaan akaun mereka tidak cukup wang.

Inilah sebabnya kenapa Rooney disayangi di Derby. Dia tidak pernah menghebahkannya. Namun para pemain yang mendedahkannya kepada media.

Rooney menyatakan bahawa sebagai pengurus ianya agak sukar untuk berselisih dengan staf kejurulatihan dan juga staf lain di Derby County. Namun dia menegaskan: “Manusia jenis apakah kamu kalau mengelakkan diri daripada mereka?”

“Saya tak akan mengelak daripada mereka, saya akan bercakap dengan mereka seperti biasa.”

Rooney sendiri sudah berjanji akan cuba membantu staf yang kehilangan kerja.

Walaupun dalam keadaan sukar, Rooney berjaya memastikan pasukan Derby berlatih sebaiknya dengan cuba sedaya upaya memastikan atmosfera di padang latihan kekal baik. Walaupun dia pernah mengakui, memang difahami kenapa pemain akan merasa kurang bermotivasi kerana masalah yang melanda.

Selepas mengambil alih Rams di kedudukan ke-24 dalam carta dan enam mata daripada zon selamat, Rooney dapat membimbing kelab itu untuk kekal dalam Kejuaraan dengan keputusan seri yang dramatik dengan Sheffield Wednesday pada hari terakhir.

Tanpa Rooney keadaan di Derby akan menjadi lebih teruk dalam usaha mereka mencari pemilik baharu.

Musim yang lebih sukar

Musim ini sangat sukar untuk Rooney menyelamatkan Derby County kerana kelab tersebut dua kali ditolak mata. Bermula dengan penolakan 12 mata dan kemudian 9 mata menjadikan keseluruhan mereka ditolak 21 mata selepas memasuki pentadbiran.

Jadi, bukan sesuatu yang terlalu sukar diterima penyokong melihat Derby County berada di tangga tercorot. Sebenarnya mereka sudah menang 11 perlawalan dan seri 13 perlawanan ketika artikel ini ditulis. Dan jika tidak ditolak mata, mudah sahaja mereka menempatkan diri mereka di kelompok pertengahan liga.

Derby County akhirnya tersingkir jua. Impak pemotongan mata sangat besar. Namun Rooney benar benar memberikan yang terbaik kepada pasukan. Malah sentiasa bersedia untuk turun beraksi jika perlu kerana mereka berdepan krisis kekurangan pemain.

Pengurusan Rooney di Derby mendapat perhatian banyak kelab di EPL. Selain daripada Everton yang terang terang menawarkan kontrak kepada Rooney, kelab lain juga meletakkan nama Rooney dalam senarai mereka.

Mendapatkan yang terbaik daripada pemain seperti Tom Lawrence, Max Bird dan Jason Knight telah menjadi kunci kepada asas yang kukuh di atas padang yang sedang dibina oleh Rooney di Derby.

The Rams juga terhad dalam pasaran perpindahan, hanya dapat menandatangani segelintir pemain dengan perpindahan percuma dan paket gaji terhad, tetapi itu tidak menghalang bekas pemain kegemaran Manchester United itu daripada membina pasukan dengan semangat seperti yang dia ditunjukkan sepanjang karier bermainnya yang cemerlang.

Tidak ada pekerjaan yang lebih sukar dalam bola sepak Inggeris sejak beberapa tahun kebelakangan berbanding dengan apa yang dilakukan Rooney. Dia membina reputasinya sebagai pengurus yang baik dan bakal menjadi pengurus elit pada masa akan datang.

Rooney baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa dia sendiri tidak pasti bagaimana masa depan kelab tersebut. Kerana masih belum ada perubahan pemilikan baharu. Rooney sendiri tidak pasti sama ada dia akan terus kekal di Derby ataupun sebaliknya.

Pada pra musim ini, Rooney akhirnya mengumumkan dia berundur daripada jawatannya di Derby County.

Tetapi kini dia berdepan dengan siasatan FA kerana membayar gaji pemain menggunakan dananya sendiri. Di mana itu menyalahi undang undang.

Niatnya baik tetapi harus diakui undang undang tetap undang undang. Ada ramai penyokong mempertahankan tindakan Rooney atas dasar kemanusiaan.

Baca yang lain