Totti Alami Kemurungan, Isteri Curang Dengan ‘Personal Trainer’, Perkahwinan 20 Tahun Berakhir

Legenda Roma Francesco Totti mengalami kemurungan selepas isteri selama 20 tahun, Ilary Blasi kantoi adah  hubungan sulit dengan jurulatih peribadi ataupun cikgu gym ataupun personal trainer untuk suaminya.

Totti dan Ilary Blasi, bekas penyampai TV, mengikat tali pertunangan pada 2005 dan perkahwinan mereka disiarkan secara langsung di TV – dengan lebih sejuta orang menonton.

Di Itali, pasangan itu dilihat sebagai setara  keluarga Beckham dan Victoria. Legenda bola sepak kacak berkahwin dengan wanita model cantik. Mereka mempunyai tiga anak – Cristian, Chanel dan Isabel.

Mereka seringkali dianggap pasangan bahagia dan pasangan impian. Tetapi pada bulan Julai disahkan mereka telah berpisah, dengan kenyataan daripada Totti berbunyi: “Selepas 20 tahun bersama, hubungan saya dengan Ilary telah berakhir dengan sedih sekali.”

“Semua yang saya katakan dan lakukan sejak beberapa bulan lalu adalah untuk melindungi anak-anak kami, yang dan akan sentiasa menjadi keutamaan mutlak dalam hidup saya.”

“Saya cuba mengatasi krisis dalam perkahwinan kami, tetapi hari ini saya sedar perpisahan adalah pilihan terbaik – walaupun menyakitkan – tidak lagi boleh dielakkan.”

“Saya akan terus bersama sama dengan Ilary dalam membesarkan tiga anak kami yang mengagumkan, sentiasa menghormati isteri saya.”

Corriere della Sera telah mendakwa bahawa Ilary mempunyai hubungan sulit dengan Cristiano Iovino, jurulatih peribadi Totti kira-kira 18 bulan lalu.

Ilary didakwa seringkali pergi ke Milan, tempat tinggal Iovino, dan tempatnya bekerja. Tetapi Totti menemui mesej yang agak intim pada telefon bimbit isterinya.

Dia kemudian mendapat pengesahan bahawa syak wasangka dia selama ini adalah benar. Isterinya ada lelaki lain.

Totti kini telah terbuka membicarakan tentang perpisahan itu, memberitahu Corriere della Sera. Dia menafikan berita bahawa dia curang terlebih dahulu.

Totti berkata bekas isterinya yang curang terlebih dahulu.

Menurut Totti: “Tidak benar bahawa saya adalah orang pertama yang mencurangi dia.”

“Saya kata saya tidak akan bercakap tentangnya dan tidak akan, tetapi saya telah membaca terlalu banyak penipuan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Malah ada di antaranya yang menyebabkan anak-anak saya menderita membacanya.”

“Pada September tahun lalu, khabar angin mula sampai kepada saya: ‘Lihat, Ilary ada orang lain’. Memang lebih daripada satu.”

“Saya tidak pernah melakukannya [periksa telefon isterinya] dalam tempoh 20 tahun, dan dia juga tidak pernah melakukannya dengan saya. Tetapi apabila saya menerima amaran daripada orang lain, yang saya percayai, saya mula curiga.”

“Saya melihat telefon bimbitnya. Dan saya melihat ada orang ketiga, yang bertindak sebagai perantara antara Ilary dengan seorang lagi.”

“Ada benda tertulis seperti: jumpa anda di hotel.”

Kecurangan itu memberikan kesan yang sangat kuat kepada Totti. Dia malah disahkan mengalami kemurungan dan sukar untuk tidur. Dia menghargai pasangan baharunya, Noemi Bocchi, dengan membantunya mencari kebahagiaan semula.

“Terdapat khabar angin pada masa lalu, mengenai dia dan saya. Tetapi ia benar-benar khabar angin,” sambungnya.

“Inilah buktinya. Faktanya. Dan itu membawa kepada kemurungan. Saya tidak boleh tidur langsung. Saya berpura-pura tiada apa-apa yang tak kena, tetapi saya bukan lagi diri saya, saya adalah orang lain. Saya dapat mengatasinya terima kasih kepada Naomi.”

“Kami pernah lepak sebagai kawan. Kemudian, selepas Tahun Baru, ia menjadi cerita seterusnya. Ilary dating dengan lelaki lain sebelum cerita saya dengan Noemi timbul.”

Totti menghabiskan seluruh kariernya di kelab zaman kanak-kanak Roma, menjaringkan 307 gol dalam 786 perlawanan dan kekal setia sepanjang masa walaupun ada tawaran dari tempat lain.

 

Baca yang lain